Isu rantai berlian palsu melibatkan penyanyi Aishah dan Datuk Seri Vida masih lagi berterusan nampaknya.
Menerusi akaun Instagram Aishah, beliau sudah menyertakan beberapa bukti mengatakan hadiah barangan kemas itu yang dikatakan bernilai RM80,000 itu adalah palsu. Malah, penyanyi itu turut menyertakan laporan pakar permata ( gemotologist) yang menilai ketulenan hadiah yang diberikan oleh DSV itu.
Jelas Aishah, beliau sama sekali tidak pernah berniat untuk mengaibkan DSV tetapi tolonglah hormati golongan artis dan janganlah memandang rendah kepada mereka.
Aishah juga sekali lagi menegaskan beliau menolak tawaran DSV yang ingin menggantikan rantai itu dengan Lavida Coin yang dikatakan lebih tinggi nilainya.
Terasa dirinya ditipu, tiada apa yang Aishah harapkan kecuali menuntut permohonan maaf daripada DSV dan meminta agar jutawan kosmetik itu behenti menipu.
Tidak perlu untuk menafikan sesuatu perkara yang sudah terbukti mengatakan diri kita bersalah. Ada kalanya lebih baik untuk rendahkan ego dan hanya memohon maaf sahaja agar masalah yang timbul tidak berpanjangan. Apa pendapat anda?