‘Ramai Yang Hasut Papa’ – Serina Jelaskan Kekeliruan, Nafi Nikah Di Siam

Hiburan

‘Ramai Yang Hasut Papa’ – Serina Jelaskan Kekeliruan, Nafi Nikah Di Siam

Baru-baru ini, cef terkemuka negara, Datuk Chef Wan meluahkan rasa kesal apabila mendapat tahu anak berkahwin tanpa pengetahuannya. Menurut Chef Wan, dia hanya mengetahui mengenai khabar itu setelah dimaklumkan kakaknya.

Cef Wan
3 years ago

Serina Menikah Di Thailand Tanpa Pengetahuan, Chef Wan Akui Kecewa -" Dulu Pun Dia Malukan Saya.."

Advertisement

Tidak hanya mendiamkan diri, Serina Redzuawan menerusi posting terbaru di Instagram menjelaskan kekeliruan dan menafikan dakwaan dia telah berkahwin di Siam. Kata Serina, dia dan suami telah bernikah di sebuah negeri dalam Malaysia namun tidak dinyatakan dimana lokasi sebenarnya.

 

Kata Serina lagi, apabila difikirkan secara logik, tidak mungkin dia menikah di negara seberang apabila sempadan ditutup akibat pandemik. Malah, Serina menjelaskan suami adalah duda dan bukanlah suami orang seperti yang diperkatakan.

Dalam hantaran itu, Serina mengakui ramai yang menghasut bapa untuk melihat keluarganya hancur. Sebagai seorang anak, dia sentiasa menghormati bapa dan mereka tiada masalah sebelum ini.

Serina memohon orang ramai menghentikan tohmahan dan mendoakan kebahagiaan buat keluarga barunya. Dia juga memohon perasaan keluarga mertua dihormati.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...