Ramai Tak Terima Nasihat, Ustazah Asma’ Harun Tak Kisah Dikecam Tegur Peminat Justin Bieber

Kehidupan

Ramai Tak Terima Nasihat, Ustazah Asma’ Harun Tak Kisah Dikecam Tegur Peminat Justin Bieber

Baru-baru ini, pendakwah wanita yang dikenali ramai iaitu Ustazah Asma’ Harun ada memberi teguran pada peminat yang ingin pergi ke konsert penyanyi luar negara, Justin Bieber supaya tidak mudah terpengaruh dengan hal-hal seperti itu.

Selepas memberi teguran ‘pedas’ itu, Ustazah Asma’ mendapat kecaman dari orang ramai terutamanya dari kalangan peminat, namun tidak diendahkan.

Advertisement

Tidak mendiamkan diri, beliau berkata segala teguran yang diluahkan sebelum ini hanya untuk lindungi anak-anak daripada lalui jalan yang salah.

Tambahannya lagi, dirinya bukan saja dikecam dari kalangan muda saja, malah ibu bapa turut melemparkan kata-kata pedih seperti berkata duit yang digunakan untuk beli tiket konsert itu bukanlah menggunakan duit Ustazah Asma’.

Sekadar info, penyanyi popular berasal dari Kanada itu akan melangsungkan konsert unggulnya buat sekian lama di Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tanggal 20 Oktober. Difahamkan tiket konsert yang dijual pada Khamis lalu habis terjual hanya dalam masa tiga jam saja.

asma
8 bulan lalu

"Belanja Ibu Bapa Lebih Baik.." - Ustazah Asma’ Harun Tegur Peminat Justin Bieber?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...