Ramai Salah Guna Kebenaran Pergerakan Punca SJR Akan Ditambah

Kehidupan

Ramai Salah Guna Kebenaran Pergerakan Punca SJR Akan Ditambah

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Selasa lalu, bilangan kenderaan di jalan raya juga  berkurang kerana kebanyakkan pekerja digalakkan untuk bekerja dari rumah.

Namun begitu, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, beliau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bilangan kenderaan yang disifatkan masih terlalu banyak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan pada Selasa lalu.

Advertisement

Beliau berkata demikian berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam tempoh empat hari termasuk hari ini.

“Hari pertama PKP penuh saya buat pantauan sekatan jalan raya (SJR), saya tengok ada penurunan kenderaan. Hari kedua, saya buat lawatan mengejut di kilang-kilang, saya tengok ramai menyalahgunakan (kebenaran pergerakan), jadi kita bagi amaran”.

SJR

“Hari ketiga, kita tengok balik SJR, sampai 86,000 pemantauan kita buat di seluruh negara. Kita tidak puas hati dengan jumlah pergerakan di jalan raya, jadi kita buat keputusan dipertingkatkan lagi bilangan SJR, begitu juga pemantauan di seluruh negara”.

Tambahnya, SJR akan ditambah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Setakat ini, terdapat 887 SJR di seluruh negara.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...