Kemaraan penyanyi Zamani ke final Gegar Vaganza 5 nyata mengejutkan ramai pihak kerana beliau pada persembahan pertama gagal untuk menyanyikan lagu Dekat Padamu dengan baik dan turut terlupa lirik.
Ramai netizen yang mempertikaikan bagaimana beliau masih layak untuk beraksi di pentas akhir? Adakah ia satu strategi yang dirancang oleh pihak penerbit? Menjawab segala persoalan, juri tetap Datuk Ramli Ms memberikan alasan kukuh disebalik keputusannya itu.
Ramli akui beliau memberikan markah yang rendah untuk persembahan pertama Zamani tetapi persembahan kedua penyanyi itu yang membawakn lagu Di Matamu sangat baik dan telah menyelamatkan dan melayakkan beliau ke peringkat akhir GV5.
Perlu difahami bahawa penilaian markah malam ini adalah berdasarkan dua persembahan. Memang saya potong banyak markah Zamani kerana lupa lirik dan beberapa masalah lain di persembahan yang pertama. Dia hilang 65 markah daripada saya.
Namun, dia bangkit menerusi persembahan kedua dan saya akui telah memberinya markah yang banyak. Saya berikan markah yang tinggi, dua juri lain juga tinggi. Selepas markah ketiga-tiga juri dicampur, Zamani berjaya melangkah ke final dan berada di kedudukan kelima.
Ada yang tonton GV5 semalam? Apa pula pandangan anda mengenai persembahan Zamani. Pada kami memang sudah tertulis rezeki beliau untuk ke final dan harapnya beliau tidak mensia-siakan peluang ini dan melakukan yang terbaik nanti.