Written by Bella | December 10th, 2019

Pernah rancak mengeluarkan pelbagai kenyataan sebelum ini mengenai perkahwinannya dengan ‘wanita Kaabah’, nampaknya Da’i Farhan terdiam kelu dan menyepikan diri apabila rakan baik bekas isterinya iaitu Ches Al-Maliki, menuntutnya membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan nama wanita itu yang sebelum ini didakwa sebagai pemfitnah.

rakan baik bekas isteri saman da'i farhan

Tidak mendapat sebarang permohonan maaf mahupun maklum balas daripada pendakwah tersebut, Ches menerusi akaun Facebooknya berkata dia kini dalam proses untuk meneruskan tindakan saman terhadap Farhan.

da'i farhan saman

Terdahulu, Ches memberitahu saman fitnah terhadapnya telah ditarik balik. Maklumat itu telah disampaikan melalui keluarga pihak Farhan. Bagaimanapun, Ches menuntut Farhan menghantar surat rasmi dan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui tulisan dan video dalam tempoh 24 jam. Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan udang-undang akan diambil.

Sumber Berita : Ches Al-Maliki

 

23 responses to Rakan Baik Bekas Isteri Saman Da’i Farhan

  1. nNNanna says:

    Kedua2 pihak ada salah.. Ches tak patut sebarkan aib rumahtangga org lain. Dari sana lah terbuka cerita tentang rumah tangga diorang, makin lama, makin terbuka luas tentang aib rumahtangga mereka. Tp di sebalik semua tu, ada hikmah nya. Tak tau lah, cannot brain… Tp as a woman, i understand Ches nak support kawan baik dia.. tp ada kah cara dia betul atau salah, i still cannot brain. wallahualam… Farhan ni pun satu juga dgn bini baru dia, canang cerita depan tv. Jatuh air mata aku tengok video dia cakap cinta mereka bak Nabi Mohd & Khadijah. Menangis seakan paham perasaan ex isteri dia… selama ni, cinta mereka palsu kah? tak suci gitu? hati isteri mana tak sakit bila suami memperagungkan isteri kedua, macam tak adil sgt.. confirm isteri pertama merajuk and sedih yg amat :'(

  2. Anonymous says:

    Betul tu, jdkan kisah dan ujian org lain sebagai muhasabah utk mereka2 yg ingin berfikir.

  3. Anonymous says:

    Takut nak komen lebih2..Lebih baik baca dan diam. Muhasabah diri di atas kisah org lebih baik. Semua yg berlaku pun atas kehendak Allah dan ada sebab. Skrg pun kita nampak sedikit demi sedikit hikmah apa yg terjadi. Allah nak bagi Petunjuk bkn utk mrk shj..tp utk semua yang ingin berfikir. Nak komen lebih2 kita tak duduk tempat diorg. Skrg diorg sedang diuji..kita pun diuji dgn hati dan kata2 yg keluar dari mulut kita. Mohon lah kita pd Allah semoga Allah bagi ketetapan iman moga tak jdi spt mrk. Setiap apa yg keluar dari pemikiran, hati dan mulut kita adalah mencerminkan diri kita siapa. Itula kita bukan org lain.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini