Rakam Dalam Panggung Itu Normal, Tapi Kenapa Ara Saja Yang Kena? – Ara Johari

Hiburan

Rakam Dalam Panggung Itu Normal, Tapi Kenapa Ara Saja Yang Kena? – Ara Johari

Hujung minggu lepas hangat dengan kisah Ara Johari, penyanyi lagu Bunga yang dikecam Netizen kerana memuat naik rakaman sebahagian filem Avengers: Infinity War di IG Storynya.

Bukan setakat dikecam, malah ada Netizen yang memaki hamun Ara Johari kerana memuat naik rakaman itu. Kepada Melodi TV3 29 April, Ara mendakwa dia tidak berpuas hati dengan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya:

Advertisement

Ia untuk Story sebenarnya. 15 saat. I bukannya record the whole movie. Dorang maki sampai keluar kata-kata kesat. I tak puas hati pasal itu, and then I upload lagilah. Why not you just skip my Story? Kenapa nak tengok kalau benda tu jadi spoiler? Kemudian benda tu jadi viral.

Kalau ikut undang-undang untuk movie memang salahlah kalau I upload. Tapi bagi I benda tu normal. Ramai sangat orang buat. Story 15 seconds, bukannya record the whole movie. I record story 15 seconds and tak la nampak skrin sangat. I record nampak skrin dalam 5 seconds je tak tau benda tu jadi isu pula.

Ditanya jika dia ada menerima apa-apa tindakan akibat memuat naik rakaman itu ke media sosial, Ara memberitahu:

So far, tak ada lagi alhamdulillah la, kita tengok nanti ada ke, tak ada ke.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Ditanya adakah dia menjawab kecaman Netizen dalam nada marah:

Cuma dalam nada sarkastik, la. Bagi Ara benda tu biasala. Balas komen orang dan suka melayan juga la. Bukan dalam nada marah cuma Ara marah pada yang mengeluarkan kata-kata kesat sampai Ara dikecam.

Tapi kenapa sekarang? Ara nak tanya itu je kenapa sekarang? Kenapa dalam filem Avengers saja Ara dikecam sebegitu rupa. Kenapa sebelum ini ada orang ramai, ada artis upload movie Melayu tapi mereka tak kecam. Kenapa bila filem antarabangsa saja yang dikecam ? Bagi Ara benda tu memang salah tapi normal sangat orang ambil Story dalam hall tapi bila Ara kena maki sampai begitu sekali.

I cuma minta maaf atas dasar I salah dan I minta maaf pada team-team production. Bagi I jika orang bagi kejahatan, kita kena balas dengan kejahatan, itu memang I punya stail. Ara kena (kecam), okay, tapi orang yang merekod semua harus kena.

Ara minta maaf pada semua yang nasihat tapi pada yang kecam Ara tak minta maaf dan pada yang maki Ara takkan minta maaf langsung. Sorry.

Kepada Utusan Online pula, Ara memberitahu dia bersedia dikenakan tindakan terhadap perbuatannya:

Silakan, saya tidak kisah. Bagaimanapun bagi mereka yang terus mengecam saya macam tidak pernah buat salah saya minta mereka hentikan.

Bagaimanapun buat masa ini saya tidak dihubungi mana-mana pihak termasuk pawagam lagi.

Setakat pengetahuan penulis, mereka yang memuat naik rakaman filem dalam panggung ke media sosial juga dikecam cuma tidak sebegitu teruk kerana mereka dengan segera memadam rakaman yang dimuat naik dan tidak memprovokasi Netizen dengan lebih lanjut lagi.

Diharap Ara telah mendapat pengajaran dari peristiwa ini dan tidak akan melakukan perkara yang sama lagi. – beautifulnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...