Raja Ilya Tolak Tawaran Berlakon Dalam Filem Marvel

Hiburan

Raja Ilya Tolak Tawaran Berlakon Dalam Filem Marvel

Sejak tahun lalu ramai yang menantikan kemunculan pelakon Raja Ilya dalam filem Marvel yang membuatkan rakyat Malaysia bangga kerana ada bakat tempatan mampu menembusi pasaran Hollywood.

Advertisement

Namun, semua itu hanya angan-angan sahaja kerana  Ilya sudah membuat keputusan untuk tidak meneruskan sesi pemilihan pelakon demi prinsip diri dan merasakan syarat yang ditetapkan studio terbitan tidak sesuai dengan dirinya.

Saya terima dengan hati terbuka biarpun terpaksa melepaskan perkara besar. Ini kerana saya fikir tidak sesuai dengan kita.

Saya tidak boleh ulas panjang tapi saya percaya semua pihak faham. Orang boleh buat apa juga andaian tapi keputusan ini diambil demi kebaikan saya dan masa depan kerjaya.

Terdahulu,  Ilya memberitahu beliau sanggup untuk melakukan perubahan pada dirinya dengan menjalani pembedahan untuk setanding dengan pelakon antarabangsa lain dalam filem Marvel.

Ramai yang mendakwa beliau menipu untuk meraih publisiti kerana pihak Marvel tidak pernah menghebahkan perkara itu, malah Ilya juga tidak pernah memberikan butiran lanjut mengenai watak beliau dalam filem terbitan Hollywood itu.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...