Sejak tahun lalu ramai yang menantikan kemunculan pelakon Raja Ilya dalam filem Marvel yang membuatkan rakyat Malaysia bangga kerana ada bakat tempatan mampu menembusi pasaran Hollywood.
Namun, semua itu hanya angan-angan sahaja kerana Ilya sudah membuat keputusan untuk tidak meneruskan sesi pemilihan pelakon demi prinsip diri dan merasakan syarat yang ditetapkan studio terbitan tidak sesuai dengan dirinya.
Saya terima dengan hati terbuka biarpun terpaksa melepaskan perkara besar. Ini kerana saya fikir tidak sesuai dengan kita.
Saya tidak boleh ulas panjang tapi saya percaya semua pihak faham. Orang boleh buat apa juga andaian tapi keputusan ini diambil demi kebaikan saya dan masa depan kerjaya.
Terdahulu, Ilya memberitahu beliau sanggup untuk melakukan perubahan pada dirinya dengan menjalani pembedahan untuk setanding dengan pelakon antarabangsa lain dalam filem Marvel.
Ramai yang mendakwa beliau menipu untuk meraih publisiti kerana pihak Marvel tidak pernah menghebahkan perkara itu, malah Ilya juga tidak pernah memberikan butiran lanjut mengenai watak beliau dalam filem terbitan Hollywood itu.