Raja Afiq Nafi Spekulasi Netizen Dirinya Aktor Hamilkan Bekas Kekasih

Hiburan

Raja Afiq Nafi Spekulasi Netizen Dirinya Aktor Hamilkan Bekas Kekasih

Sebelum ini, mStar Online mendedahkan pengakuan seorang wanita bahawa seorang aktor drama kegilaan ramai yang telah mempunyai kekasih telah menghamilkannya sehingga melahirkan anak, kemudian melarikan diri seolah-olah tiada apa-apa yang pernah berlaku.

Susulan itu, ia menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial mengenai identiti pelakon yang didakwa bermalam dengan wanita itu yang juga bekas kekasihnya di Port Dickson pada 17 Januari sehingga wanita itu melahirkan bayi pada 3 Oktober lepas.

Advertisement

Antara yang disebut Netizen ialah pelakon Raja Afiq yang pernah membintangi drama Sayangku Kapten Mukhriz di slot Akasia TV3. Raja Afiq yang dihubungi Harian Metro bagaimanapun mendakwa tidak tahu menahu mengenai gosip itu:

Saya tidak pernah dengar pun gosip ini. Saya juga tidak tahu netizen mengesyaki saya pelakon yang dimaksudkan dalam gosip berkenaan.

Saya tidak faham apa yang menyebabkan mereka membuat dakwaan seperti itu. Rasanya saya tidak perlu ambil tahu kerana tiada kaitan dengan saya pun.

 

Raja Afiq kini bercinta dengan seorang wanita bernama Queen B, dia berkata dia tidak ambil pusing dengan spekulasi tersebut:

Saya tidak berkecil hati dengan tanggapan orang itu. Saya hanya ingin fokus pada kerjaya.

Wanita yang melahirkan anak pelakon itu mendakwa bayinya berwajah seiras dengan pelakon yang dikatakan. Wanita itu tidak mahu berkahwin dengan aktor tesebut, sebaliknya hanya ingin aktor itu melunaskan tanggungjawab membayar kos membesarkan anak tersebut dengannya.

Raja Afiq tidak bimbang dituduh kerana dia tiada kaitan dengan berita itu langsung. Sebelum ini, Idris Khan juga menafikan menyebabkan wanita mengandung hingga melahirkan anak setelah namanya disebut netizen sebagai salah seorang suspek. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...