Pendedahan Presiden SENIMAN tentang 300 artis berhutang dengan ah long kerana tiada tawaran bekerja menjadi perbualan hangat sepanjang minggu lalu. Senarai artis yang terlibat sudah diketahui tetapi ia dirahsiakan daripada umum atas tujuan keselamatan.
Terbaru, pelakon Raja Afiq sekali lagi menjadi mangsa fitnah apabila ada sebuah laman web mendakwa beliau antara 300 artis yang tersenarai berhutang dengan ah long. Malah, pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakan gambar Raja Afiq sebagai “cover photo” artikel yang disiarkan.
Bengang dengan tuduhan yang menjejaskan namanya, Raja Afiq meluahkan rasa tidak puas hati menerusi akaun Instagramnya.
Kesian juga kami melihat Raja Afiq yang terpaksa berdepan dengan pelbagai dakwaan palsu. Sebelum ini dikatakan pelakon kasanova yang membuatkan teman wanitanya hamil sekarang dituduh berhutang dengan ah long pula. Bersabarlah, mana tahu disebalik apa yang berlaku ada perkara baik yang menanti beliau di masa hadapan.