Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Radhi OAG Tidak Serik Kahwin Lagi, Idam Wanita Berpurdah

radhi oag wanita berpurdah

Meskipun beberapa kali gagal dalam perkahwinan, vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi mengakui dia tidak serik untuk mendirikan rumah tangga lagi. Ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri juga bukannya biasa-biasa, kalau boleh mahu seorang wanita kuat pegangan agama dan memakai purdah.

Advertisement

Sebenarnya untuk jatuh cinta lagi bukan suatu perkara yang mudah. Namun jika ditakdirkan saya berkahwin sekali lagi kalau boleh saya mahu yang lebih baik dan kuat pegangan agama serta berpurdah. Saya tahu bukan mudah nak cari wanita berpurdah pada masa kini, tapi kalau boleh saya memang nak wanita berpurdah sebab saya tak nak dedahkan dia kepada umum.

Tapi apa-apa pun yang penting, saya harap jika saya berkahwin lagi, ia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya tak nak perkara sama berulang lagi.

Radhi disahkan bercerai dengan isterinya, Nur Syahira Ayu Zahiri pada 25 Mac lalu. Pasangan ini berkahwin pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyahdan Muhammad.

Terdahulu, dia juga pernah berkahwin dengan, Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan  bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdhi Muslim.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. ros

    September 20, 2019 at 6:57 pm

    Ko nak yang berpurdah sebab ko taknk dedahkan pada umum kau cakap…!! Ko pergi padang pasir lah kawin dgn UNTA

    • Anonymous

      September 20, 2019 at 8:21 pm

      Hahahahahahah! Tu lahh. Alasan tah pape. Baik kahwin dengan amah. Dok rumah je buat keje2 kat rumah.

  2. Aisyah

    September 20, 2019 at 6:52 pm

    Ak wanita berpurdah dan kuat pegangan agama ,seorang lelaki tu perlu kembali pd Allaah, pernaiki hubungan dengan Allaah, jaga yg wajib buat yg sunnah..contohi akhlak rosulullaah..pastikan sebagai lelaki dan sebagai suami ,kamu ade pegangan agama yg kuat, pelajari isi Al Quran dan amal kan..nak istri beriman solehah kamu sebagai lelaki wajib beriman dan soleh terlebih dulu

  3. Anonymous

    September 20, 2019 at 6:46 pm

    Jangan hanya berharap. Berusaha utk cari ilmu & banyakkan amal. Jom baiki hubungan dgn Allah. Inshaa Allah bila awk redha & ikhlas, awk akan temui bahagia tu.

  4. feldegast

    September 20, 2019 at 3:49 pm

    Weh sebelum ko demand itu ini, ko kena stop lalok jugak.

    • tak sedar diri

      September 21, 2019 at 4:22 pm

      ya wei.. ada hati nak itu & ini.. sedangkan diri sendiri pun lalok bagai. jantan jenis apa la ni!

  5. Brunes

    September 20, 2019 at 3:18 pm

    kau pergi tackle si hana ek wife pencetus umah tu, kalau kau artist dia pasti ON saja!

    • albabihalal

      September 20, 2019 at 3:52 pm

      So just because minah tu pakai purdah, semua dosa kau hapus. Jangan gunakan agama untuk menghalalkan perbuatan anda. Tukar diri tu dulu, drug addict will always be an addict

Loading...
To Top