Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, ramai antara kita mengambil peluang untuk berniaga dan menambah pendapatan untuk menyambut Syawal termasuklah juga selebriti yang turut rajin mempromosikan pelbagai produk yang mereka jual.
Pelakon Que Haidar juga tidak melepaskan peluang untuk aktif berniaga dan memilih untuk menjual baju Melayu jenama The Haidars.
Walaubagaimanapun, ada yang tidak berpuas hati dengan harga baju tersebut yang didakwa terlalu mahal sehingga mencecah harga RM380 sepasang. Melalui laman sosial Twitter, ada individu beranggapan Que sudah tidak laku dan mungkin itu salah satu sebab beliau menjual baju Melayu dengan harga yang agak keterlaluan.
Sedar isu tersebut sudah mendapat perhatian ramai, Que menerusi akaun Instagramnya menjawab kenyataan yang dibuat individu berkenaan. Que turut menafikan dakwaan dirinya tidak ada tawaran bekerja .
Sejujurnya kami tidak terkejut sekiranya baju yang dikeluarkan oleh selebriti boleh mencecah harga yang agak tinggi. Pilihan di tangan anda, bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri, kalau rasa mampu bolehlah beli dan kalau tidak, janganlah cuba menutup periuk nasi orang lain. Tidak salah luahkan pendapat asalkan dengan cara yang elok.