“Putus Tangan Tu Kang” – Selamba Letak Tangan Luar Kereta, Netizen Risau Gelang Emas Jadi ‘Target’

Kehidupan

“Putus Tangan Tu Kang” – Selamba Letak Tangan Luar Kereta, Netizen Risau Gelang Emas Jadi ‘Target’

Memang tidak dinafikan, barang kemas dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Lagi-lagi, golongan wanita yang lebih berumur yang sememangnya gemar memakai rantai ataupun gelang emas.

Namun, apabila memakai barang-barang yang berunsur emas, tuan empunya badan perlu sentiasa berhati-hati kerana mereka boleh dijadikan sebagai target utama penjenayah untuk meragut.

Advertisement

Seperti baru-baru ini, satu video tular di TikTok memaparkan seorang wanita warga emas menjulurkan tangannya yang mempunyai cincin serta gelang emas keluar dari sebuah tingkap kereta yang membuatkan ramai berasa risau.

Kelihatan ‘mak cik’ tersebut berada di bahagian duduk penumpang hadapan seakan-akan sedang menunggu sesuatu sambil mengeluarkan tangannya keluar tingkap kereta yang dinaiki.

Disebabkan tindakan yang di buat olehnya itu sememangnya membahayakan diri, ramai memberi amaran dan meminta dia untuk lebih berhati-hati kerana ‘malang tidak berbau’.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, ramai berpendapat warga emas itu tidak menyayangi tangannya dengan berbuat sedemikian dan dalam pada masa yang sama, ada juga kata mungkin gelang tersebut tidak tulen kerana dia seakan-akan tidak kisah dengan apa yang dilakukan ketika itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

baby istimewa digelar joker
2 years ago

"Mulut Puaka!" - Bayi Istimewa Diejek 'Joker', Netizen Dakwa Ini Sebab Artis Sorok Muka Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...