Pulang Dari China, Penyanyi Baru Ika Mustafa Disyaki Coronavirus

Hiburan

Pulang Dari China, Penyanyi Baru Ika Mustafa Disyaki Coronavirus

Situasi wabak Coronavirus semakin meruncing dan mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia dan di Malaysia sendiri sudah ada beberapa kes. Terbaru, seorang penyanyi baru, Ika Mustafa kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB) selepas disyaki dijangkiti wabak tersebut dan turut mendedahkan ibu dan abangnya mula menunjukkan simptom yang sama.

ika mustafa coronavirus

Advertisement

Menurut Ika, ibu dan abangnya yang menghantarnya ke klinik untuk mendapatkan rawatan mula mengalami demam sejak pagi Isnin.

Mula dikenali selepas single Damaikanlah yang menjadi OST drama Setelah Ku Dimiliki, Ika memberitahu dia tiba dari Haikou, China, atas urusan kerja pada Sabtu lalu dan mula ditahan di HSB pada Ahad lalu.

ika mustafa coronavirus

Setakat ini, saya masih belum lagi dapat keputusan darah. Sepatutnya keputusan pukul 9 malam ini (semalam) tapi dijangka mungkin lambat sikit sebab dari Hospital Kuala Lumpur.

Sejujurnya saya rasa demam biasa saja tapi sebab ada direct contact dengan orang Wuhan dan kebetulan saya pula tengah penat dan masa sama pula dengan virus ini menyerang. Semalam abang dan ibu saya yang bawa ke klinik dan hari ini (Isnin) mereka pun dah demam dan selsema.

ika mustafa coronavirus

ika mustafa coronavirus

Menurut Ika, ketika dia berada dalam penerbangan ke Haikou, terdapat seorang penumpang warga emas berusia lingkungan 60-an yang tidak sihat, mengalami batuk dan selsema teruk.

Masa dalam penerbangan tu saya perasan ada seorang penumpang lelaki lingkungan 60-an yang batuk-batuk dan dia hembus selsema dia yang sangat banyak dekat tisu. Lepas dan landing, kami tak dibenarkan keluar dan saya nampak pihak berkuasa China dah ada di luar lengkap dengan sut keselamatan. Kemudian mereka buat pengumuman terdapat dua orang dari Wuhan.

ika mustafa coronavirus

Malam tu keadaan saya masih okay sampai Ahad pagi tu saya hilang suara sebab batuk, selsema,sakit kepala dan demam.

Sehingga hari ini, Ika masih lagi dirawat dan dikurantin sehinggalah keputusan analisa keluar. Jika ada ahli keluarga yang baru pulang dari melancong, ambil inisiatif dan nasihatkan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital. Harus diingatkan, Coronavirus ini sangat serius dan mampu melumpuhkan sistem tubuh badan dalam jangka masa yang singkat.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...