PU Syed Bakri Seru Pihak JAKIM Dan PDRM Segera Ambil Tindakan Kepada Nur Sajat

Hiburan

PU Syed Bakri Seru Pihak JAKIM Dan PDRM Segera Ambil Tindakan Kepada Nur Sajat

Susulan tindakannya memuat naik video dan gambar hanya memakai bikini yang didakwa netizen agak seksi dan keterlaluan, usahawan kosmetik sensasi tanah air Nur Sajat dihentam teruk oleh pengikutnya di laman Instagram.

pu syed mahu pdrm dan jakim ambil tindakan kepada nur sajat

Advertisement

Meskipun, sebelum ini Pencetus Ummah (PU) Amin menyeru netizen supaya memboikot produk keluaran usahawan itu, namun kini rakan seperjuangan Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri pula seakan tampil merayu agar pihak JAKIM dan PDRM segera mengambil tindakan agar perbuatan keji Nur Sajat segera dibanteras.

“Gambar terbaru jantan berbikini ini sangatlah meloyakkan anak tekak saya, mane nak letak maruah kamu sebagai seorang muslim!”

Tambah PU Syed, dirinya juga turut menyifatkan Sajat lebih berbahaya daripada COVID-19, malah berharap agar pihak tertentu segera selesaikan isu yang dibangkitkan oleh usahawan tersebut.

“Tolonglah JAKIM dan PDRM selesaikan virus yang lebih bahaya dari Covid-19 ini. Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dengan pendustaan terhadap hukum agama.”

pu syed mahu pdrm dan jakim ambil tindakan kepada nur sajat

Bagaimanpun, PU Syed juga sempat memohon agar Tuhan menarik semula segala nikmat yang telah dikurniakan kepada “wanita” tersebut.

“Ya Allah, jika disebabkan kekayaan yang ada padanya, menjadikan dia lupa kepadaMu, tariklah balik kurniaan itu. Wajib Boikot produk-produk miliknya.”

pu syed mahu pdrm dan jakim ambil tindakan kepada nur sajat

Biarpun begitu, PU Syed sekali lagi menegaskan orang ramai supaya tidak lagi membeli produk keluaran Sajat kerana beranggapan bahawa segala aktiviti yang dilakukan Sajat adalah melanggari syariat, sekali gus menyatakan masyarakat juga akan mendapat tempias saham dosa kering kerana menyokong segala yang dilakukan usahawan tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...