Written by Bella | October 4th, 2018

Siapa yang tidak kenal dengan PU Amin, beliau antara pendakwah bebas yang cukup lantang bersuara mengenai isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Sejak kebelakangan ini nama PU Amin memang menjadi bualan hangat, ada yang kata cara beliau berdakwah itu agar kasar dan baru-baru ini pula dikecam kerana mengatakan pihak ulama di Indonesia bersepakat mengatakan bencana alam yang berlaku di Lombok dan Palu adalah disebabkan maksiat yang berleluasa.

Terbaru, beliau sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila membuat kenyataan yang mengejutkan di akaun Instagramnya. Pu Amin mengatakan beliau mahu menawarkan  20 pakej umrah percuma khas untuk golongan LGBT. Syaratnya, hanya untuk mereka yang tidak mampu dan mereka juga wajib mengikuti kelas Al-Quran, Akidah dan Fardu Ain yang diajar oleh PU Amin.

Macam inilah yang kita mahukan, satu usaha yang cukup murni untuk mendekati golongan LGBT dan membimbing mereka kembali ke jalan yang benar. Kami doakan agar segala perancangan PU Amin untuk membawa golongan ini ke tanah suci Mekah akan dipermudahkan.

31 responses to PU Amin Mahu Taja 20 Pakej Umrah Untuk Golongan LGBT

  1. makcikbwg says:

    keep it up ustaz. dakwahlah secara lembut

    7

    0
    • geli says:

      Jadi kalau LGBT gi buat umrah diorang kembali normal? Kalau macam tu kenapa tak taja perompak,perogol, yg makan rasuah, pedophile. Tengok power couple yg kena tangkap tu, gi mekah tiap2 tahun tapi ambik rasuah tetap ambik jugak. Agama tak menjamin apa2 pun hanya digunakan untuk control orang. #Notoreligion

      2

      20
      • jjj says:

        PU dah usahakan utk mereka kembali normal. selebihnya, merekalah yg kena usaha… mcm safiey tu. ada yg dah tlg usahakan dia ke mekah tp dia blk, jd mcm tu. dia x usaha. dia x istiqamah dgn umrah yg dikerjakan. dia x SEPENUH HATI NAK BERUBAH. PERGI UMRAH hanya untuk…………………..

        9

        0
      • suhaimah 58 says:

        jgnlah negatif sgt , kalau baca posting PU sebelum ni dia ada mengenakan syarat utk LGBT yg nak join umrah ni .. utk LGBT yg nak join tu mestilah join kelas bimbingan agam/fardhu/al-quran terlebih dahulu .. bukan pakai mohon nak join je .. kalau cmtu baik xyah dia open, pilih je sape2 yg ..

        kalaulah LGBT yg pergi tu kembali normal maksudnya hati mereka tu dah hitamlah tu dan x nak berubah sbnrnya .. mcm SI siap menangis bagai dah gi umrah pun tp alasan ‘hati x kuat etc etc etc’ .. sekurang2nya idea PU ni mendekatkan diri mereka kpd agama/Allah .. kita sbgi netizen yg membaca ni doalah semoga usaha ni antara salah satu perubahan kpd LGBT yg ada, in shaa Allah aamiinn..

        12

        0
      • Anonymous says:

        bukan agama control orang, duit yang control orang pada zaman ni..

        3

        0
      • doktor asli says:

        Pada dasarnye LGBT tu adalah sejenis penyakit mental dan kita harus memahami root cause dia. Penyelesaian terhadap isu LGBT boleh diatasi dengan psychology dan perubatan moden. Agama tidak membawa apa2 perubahan sebab ia tidak bergantng pada fakta ataupun bukti2 kukuh secara scientific. Maka kalau hantar ke mekah 1000 kali pun tak terjamin dia akan pulih. Cukuplah mempergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri, buat duit atas nama agama dan untuk glamor. Pada dasarnye, agama adalah antara individu dan tuhan BUKAN PU

        2

        10
        • Anonymous says:

          Imam Syafie berkata:

          “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

          17

          0
    • Kapal Selam says:

      PU Amin…. Kalau geng LGBT tu tetek dah tersembul tapi punai masih tak potong…. Naknoakai ikhram tu macamana? Takut PU Amin stimmm je….
      Faiz roslan & the Nyah, Shafie Elias, Riz Ulala, Abang Sajat dan Dato Aliff boleh register sekarang…

      1

      3
      • Anonymous says:

        Nampak sgt ilmu agama ko paras zero. Pegi belajar basic dulu dik sebelum nak berkata-kata.

        7

        0
        • Anonymous says:

          Kau terror basic. . Cuba cerita sikit macamana pondan bertetek silicon Nak pakai ihram yg tak berjahit….
          Ceh..macam la dia terror sangat ilmu agama….

          0

          1
      • Rara says:

        Kan dia kata kne masuk kelas bimbingan agama blaja fardhu ain/alquran. So dlm tempoh pembelajaran mesti la di minta utk buang silicon bagai. Takkan la PU Amin jahil mcm kau lak? Adoiiii sebelum menulis tu minta fikir secara meluas dan positif.

        4

        0
  2. weeeeeeeee says:

    beramal jangan riak…

    2

    10
  3. anonymous says:

    takut ler tu mulut dah terlalu longkang dok komen sana sini berlagak mcm tohan….skrg nak taja lgbt g umrah konon ,ko ada ke duit ? badigol la kau ni

    0

    11
    • nananana says:

      jahatnya mulut.. orang tu nak buat baik pun salah.. kau tu pernah pergi umrah tak?

      3

      0
    • Noname says:

      Biar la dia punya planning..bkn minta duit ko..
      Dia hulur tgn bantu..
      Terpulang puak2 ni ambil peluang gini..
      Yg dia kutuk sblum ni yg berbau lucah n anggap tidak apa..
      Bkn terus anta umrah..depa bagi ilmu asas..
      Kita x bole buat sampai cmtu jgn hina pula
      Masing2 ada peranan dlm masyarakat..

      3

      0
  4. Nuyon says:

    PU gila glamer. busuk hati. sekarang tawar pakej umrah pulak nak tutup mulut dia yg tak de insurance tu.

    4

    4
  5. Embun pagi says:

    Secara tak langsung gi ziarah n Umrah akn membuka pintu hati yg celaru..satu usaha yg murni..moga ahli LGBT mendapat sinar keinsafan..tau hasrat murni PU Amin bkn nk cari glamour sb dia pun dh ckup glamour..

    4

    1
  6. hamba Allah swt says:

    Secebis perkongsian… aku ada sorng kwn,dah sex chnge complete mcm girl tiba one day dia sampai seru nak ke mekah ,teringin sngt dia pergi la juga tapi dia tak buat umrah pun cuma sembahyng saja sebab tak boleh nak pakai ihram sebab terlalu feminin.dia brpakaian sebagai lelaki la dgn jubah,kopiah but still nmpk mcm girl aku simpati aku harap allah swt terima segala amalnnya dan maafkan dirinya serta dilindungi..Amin..itulah kita semua hamba Allah tak lepas dari melakukan dosa tapi hanya ALLAH swt saja yg akn judge kita …Allah swt maha pengampun lagi maha mengetahui

    7

    0
  7. Kata pepatah says:

    Zaman sekarang zaman kecantikan. Manusia baik laki mau perempuan suka pada yg cantik/comei. Zaman dulu lebih pada survival nak hidup. Cantik/comei buh tepi. Pegi sekolah beringus tapi member2 pun tak tengok.semua hidup susah semua faham. Pensel beli 1 batang kerat 3 share duit dgn kawan2 beli. Nursery tak da. Anak yg dah besar2 darjah 1, 2 tugas jaga adik2 yg umo setahun 2. Yg pelik tak de plak byk kematian kecuaian melampau. Zaman sekarang lebih pada serasi bersama, anak boleh ambik anak angkat. Bebas pilih teman hidup sendiri baik sejantina mahupun berbeza jantina. Cuma jangan la menayang bahagia sebab dunia ni bahagia cuma 40%. Yang lebihnya tak bahagia. Tu orang tua2 selalu cakap bahagia cuma sementara. Jadi “berserderhana itu lebih baik” supaya esok2 orang tak kata “tu la dulu bukan main berkepit melekat”…now tua sorang2 nyanyuk sendiri…

    0

    0
  8. ezze says:

    bila baca apa pu amin nak buat ni.teringat satu maknyah yg agak popular.sekarang da bertaubat dah…dia mulakan dgn gerk ht nk g umrah.tp anggota bdn dia da sedikit mcm perempuan.bila pakai jubah lelaki,dia kn tahan dgn askar yg jg mesjid.smpi ada org malaysia yg tlg dia bgtau dia lelaki..akhirnya dia berubah sungguh jd lelaki sbb kes mcm tu dan sbb usaha dia selepas blk umrah…bkn sng nk jd tetamu Allah.sbb tu dia usaha sungguh2 nk berubah.so aku hrp golongan LGBT yg join pu amin ni…bersyukur kalau jd tetamu Allah dan berusaha sehabis baek jd fitrah.

    4

    0
  9. Smartbird says:

    Who knows it will work n be the best example to follow in the future for all Muslim lgbt yang sedia ada dan terus merebak diseluruh dunia. Allah swt yang maha berkuasa atas segalanya cuma terpulang pada nawaitu sipeminta. Syabas PU Amin, semoga berjaya dalam usaha murni dan mendapat barakah, amin.

    3

    0
  10. J says:

    At least he tried so the least that we can do is to support

    4

    0

Leave a Comment

Optional