“Princess Johor Paling Cantik!” – Lama ‘Hilang’ Dari Media Sosial, Netizen Terpegun Lihat Tunku Aminah

Kehidupan

“Princess Johor Paling Cantik!” – Lama ‘Hilang’ Dari Media Sosial, Netizen Terpegun Lihat Tunku Aminah

Sedia maklum, kecantikan Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandar binti Sultan Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai Tunku Aminah tidak dapat dinafikan dan rata-rata rakyat sangat mengagumi kejelitaan puteri tunggal Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Alharhum Sultan Iskandar tersebut.

Terbaharu, tular satu video di platform TikTok dimuat naik di satu akaun pengguna yang membuatkan rakyat tidak keruan serta tergamam melihat kecantikan Tunku Aminah secara jelas.

Advertisement

Di dalam video tersebut, Tunku Aminah mempunyai raut wajah yang sangat cantik, di tambah pula dengan hasil sentuhan juru solek yang memuat naik video terbabit.

Netizen tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan reaksi terpegun mereka di ruangan komen video berkenaan, hingga ada yang menyamakan wajah Tunku Aminah seakan-akan orang Thailand.

Bukan itu saja, malah netizen turut luahkan rasa teruja melihat Tunku Aminah setelah baginda sekian lama memadam akaun media sosial.

komen netizen

Sekadar info, baginda telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit bernama Luvins The Royal Art of Beauty yang dibuat khusus untuk wanita tanpa mengira had umur dan difahamkan nama Luvins diambil daripada perkataan Luv Ina.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

1 year ago

Tak Sempat Dapatkan Rawatan, Ibu Peluk Cium Jasad Anak 'Pergi' Dalam Bas Ekspres - "Aku Tak Mampu Setenang Dia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...