Presiden PGSM Tegur Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa: Berhenti Dedah Aib

Hiburan

Presiden PGSM Tegur Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa: Berhenti Dedah Aib

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), menegur Hafiz Hamidun dan isterinya, pengusaha kosmetik Siti Arifah Amin atau Joy Revfa agar berhenti daripada mendedahkan aib satu sama lain disebabkan kemelut yang berlaku dalam rumahtangga mereka.

Utusan Online melaporkan, Musa Awang berkata, tindakan membesar-besarkan isu pergolakan rumah tangga dan mendedahkan ke­lemahan pasangan kepada umum adalah sesuatu yang tidak si­hat dan bertenta­ngan dengan tuntutan agama Islam.

Advertisement

Mereka tidak se­pa­tutnya berkongsi rahsia rumah tangga dan perkara-perkara penting lain kepada umum se­telah membawa kes ke mah­kamah kerana keadaan itu bo­leh menyebabkan prejudis dan menimbulkan fitnah terhadap pihak yang satu lagi.

Ia bukan sahaja memberi ke­san buruk kepada mereka, malah turut menimbulkan perspektif negatif orang ramai terhadap institusi mahkamah syariah itu sendiri.

Musa menambah, apabila segala butiran penting yang sepatutnya di­bincangkan secara tertutup di mahkamah dibawa keluar dan ‘dihidangkan’ kepada umum, ada­lah sesuatu tindakan yang tidak kena pada tem­patnya.

Kesemua hal berbangkit seperti isu naf­kah dan se­bagai­nya perlulah dibin­cangkan dalam mah­kamah secara adil dan pihak tertuduh bo­leh menjawab segala tu­duhan tersebut de­ngan jelas, bukannya­ dibuka kepada u­mum.

Terdahulu, pasangan itu menjadi bualan hangat Netizen setelah kedua-dua pihak menghadakan sidang media mengenai masalah rumahtangga mereka yang dikatakan bermula setelah Joy Revfa gagal menyerahkan surat cerai yang dijanjikannya sebelum bernikah dengan Hafiz, menyebabkan penyanyi itu ragu-ragu mengenai status sebenar perkahwinan mereka. – via Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...