‘Post’ Gambar Habis Marathon, Ryzal Dan Maryam Dikecam ‘Makcik Bawang’ Isu Pantang

Hiburan

‘Post’ Gambar Habis Marathon, Ryzal Dan Maryam Dikecam ‘Makcik Bawang’ Isu Pantang

Sedia maklum, sebulan yang lepas pasangan selebriti media sosial, Ryzal dan isterinya, Maryam yang terkenal dengan saluran di YouTube bernama DurianKimchi telah menimang cahaya mata pertama mereka, Rina.

Sejak dari itu, kehidupan pasangan tersebut sering kali menjadi perhatian netizen terutamanya individu-individu dikenali sebagai ‘makcik bawang’ di media sosial yang mengkritik cara Maryam berpantang.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Terbaharu, pasangan ini ada memuat naik sebuah foto yang difahamkan mereka baru sahaja selesai bermarathon.

Namun, hal yang mengejutkan berlaku apabila gambar tersebut dipenuhi dengan komen negatif dari ‘makcik bawang’ yang menuduh Maryam saja ingin menunjuk dirinya tidak berpantang dengan cara yang betul.

Facebook Ryzal DurianKimchiSumber : Facebook 

Kerana berasa kesian dengan pasangan itu, ada juga beberapa netizen yang meminta agar ‘makcik bawang’ ini berhenti dari meminta Maryam mengikuti budaya Melayu yang sama sekali jauh dari budaya Korea.

Terdahulu, Ryzal sebagai suami telah tampil kehadapan dengan memuat naik sebuah hantaran di media sosial menjelaskan bahawa isterinya berbangsa Korea, jadinya tidak semua berpantang cara Melayu perlu diikuti.

Durian Kimchi
2 years ago

"Isteri Saya Masuk Islam Bukan Kaum.." Maryam You Narae Dipaksa Berpantang Ikut Adat Melayu

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Lobak Merah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...