Popular Selepas Drama Mencintaimu Mr Photographer, Hannah Delisha Terima Banyak Mesej Cinta & Lucah

Hiburan

Popular Selepas Drama Mencintaimu Mr Photographer, Hannah Delisha Terima Banyak Mesej Cinta & Lucah

Nama Hannah Delisha kini sedang meletup-letup selepas membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer. Tidak dapat dinafikan kecantikan pelakon baru ini mampu meruntun dan mencairkan hati para jejaka. Namun biasalah apabila sudah popular, makin banyak cabaran dan dugaan yang akan diterima. Salah satu daripadanya ialah kiriman mesej cinta dan lucah di media sosial yang diterima oleh Hannah Delisha.

hannah delisha

Advertisement

Namun Hannah Delisha yang berusia 21 tahun mengambil langkah bijak dengan tidak membalas mesej-mesej tersebut. Kata Hannah:-

Sejak drama ini ditayangkan di saluran Astro Ria, ruangan Direct Massage (DM) Instagram dihujani pelbagai mesej. Ada antaranya gambar dan mesej lucah dan tidak kurang juga yang meluahkan perasaan cinta.

Namun saya tak layan pun semua mesej itu kerana bimbang mereka bertindak lebih lagi. Jadi, jadi terbaik saya buat tak tahu saja. Lagi satu, kalau saya membalas mesej itu nanti mereka akan terus berharap saya terus melayan mereka.

Saya malas balas mesej-mesej itu. Nanti timbul isu lain pula. Namun, saya berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan komen positif dan kata-kata semangat.

hannah delisha

Daripada membuang masa melayan mereka yang otaknya kurang siuman, lebih baik Hannah Delisha memberi fokus untuk mengembangkan lagi kerjayanya. Semoga Hannah akan terus maju dan meningkatkan lagi mutu lakonan. Wajah cantik kenalah seiiring dengan kualiti kerja. Tak gitu? Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...