Polis Sahkan Farid Kamil Positif Dadah Jenis Ganja

Hiburan

Polis Sahkan Farid Kamil Positif Dadah Jenis Ganja

Semalam perbicaraan tentang dakwaan kes dadah, Datuk Farid Kamil telah diadakan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Dalam perbicaraan tersebut, seorang pegawai polis mengesahkan  keputusan awal ujian saringan air kencing  Farid adalah positif dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.

Advertisement

Menurut, Inspektor Mohd Faizal Abdullah, yang juga saksi pertama pendakwaan itu, proses ujian awal saringan air kencing itu dilakukan di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11 Januari lalu, iaitu pada hari sama Farid menimbulkan kekecohan di Balai Polis Trafik Kota Damansara dimana beliau didakwa bertindak kasar dengan menampar seorang anggota polis dan seorang orang awam.

Tangkapan itu dibuat terhadap Farid yang membuat kecoh dan kekacauan di dalam Balai Polis Trafik Kota Damansara dan saya diberi arahan untuk melakukan ujian saringan awal air kencing terhadap tertuduh. Saya menjalankan ujian saringan air kencing terhadap tertuduh bagi memastikan sama ada tertuduh mengambil sebarang dadah ataupun tidak.

Farid juga menandatangani borang akuan pemberi yang menunjukkan tertuduh berpuas hati dengan prosedur pungutan air kencing yang dijalankan.

Pada 25 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas kesalahan menggunakan THC, yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya jam 4.30 petang, tarikh sama.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : NSTP SUPIAN AHMAD

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

20 Comments

  1. bukan kucing

    December 19, 2018 at 4:25 pm

    aku harap takde manusia yg muncul dan cakap ‘ganja dengan dadah tak sama la’. senang cerita, amik ganja a.k.a benda yg alter kewarasan akal, still salah dalam Islam. it is prohibited! please lah jangan acah moden

  2. faraj

    December 19, 2018 at 3:29 pm

    Kalau Bangsa Final…..LOw Class..mereka2 ni bawah tapak kaki saya jrr level mereka ni….Baik mereka2 ni Terjun KLCC lagi best..!!!

    • Anonymous

      December 19, 2018 at 3:58 pm

      Kalau sebut terjun kLCC tu siapa lagi kalau bukan minah sekor ni..entah2 mat bukan minah..kau ni…tak habis2

  3. ciK piNgu

    December 19, 2018 at 3:19 pm

    ok iols nak tanya uqasha punya kes dulu mcmne? ke power of pussy dikira tutup senyap mcm tu je? dia lalok jugak kan mse kes langgar n ada dadah dlm beg tu kan? tp konon katanya dia melepasi saringan ujian dadah?

    #UqashaLalok
    #DadahDalamHandbagChannel

  4. meetomato

    December 19, 2018 at 3:15 pm

    hmmmm…my assumption is, could this be the next benjy? tengok & lihat je perkembangan dier ni.

  5. mak el

    December 19, 2018 at 2:09 pm

    hmmmmmmmmmmmmmm mamat sekor ni patut dipenjarakan…………….lalok habih!!!!!!! dah lah bodoh, berlagak pulak…………..bila mau matiiiii

Loading...