Polis Mula Siasat Kumpulan Youtuber Belasah Orang

Hiburan

Polis Mula Siasat Kumpulan Youtuber Belasah Orang

Hari ini pihak polis telah mula melakukan siasatan terhadap laporan berlaku pergaduhan di gelanggang futsal yang viral semalam.

3 years ago

Ahli Kumpulan Youtuber Terkenal Dikatakan Belasah Orang Hanya Sebab Futsal

Advertisement

Ketua Polis Derah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman memaklumkan pihaknya kini sedang mengesan individu yang terlibat dalam pergaduhan itu termasuklah kumpulan Youtuber terkenal yang didakwa memukul mangsa.

Siasatan awal pihak polis mendapati pergaduhan bermula selepas seorang lelaki berusia 19 tahun melakukan terjahan keras ke atas pemain lawan berusia 22 tahun. Pada waktu inilah mangsa datang dan cuba meleraikan pergaduhan.

Seorang lelaki berusia 29 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan itu telah dipukul oleh kira-kira 10 orang, mengakibatkan dia cedera di kening, muka dan calar di bahagian badan. Siasatan mendapati tiada senjata digunakan dalam insiden itu. – Katanya.

Dalam pada itu, pihak polis turut akan mengenakan kompaun ke atas mana-mana individu yang didapati melanggar SOP PKPB.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...