PM Bangga ‘Lahir’ Merdeka 118, Netizen Tak Teruja Dan Anggap Tidak Perlu Dibanggakan

Berita

PM Bangga ‘Lahir’ Merdeka 118, Netizen Tak Teruja Dan Anggap Tidak Perlu Dibanggakan

Sedia maklum, baru-baru ini Perdana Menteri yang kesembilan Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri telah menyempurnakan majlis pemasangan puncak menara Merdeka 118 yang juga merupakan menara tertinggi di Malaysia.

Berikutan perasmian mercu tanda menara tersebut, Perdana Menteri berkongsikan sebuah ciapan di Twitter meluahkan rasa gembira dengan meluahkan perasaan bangga serta teruja selepas merasmikan menara itu.

Advertisement

Melihat di ruangan komen ciapan Ismail Sabri tersebut, rata-rata warganet mempunyai pandangan berbeza. Mereka meninggalkan kritikan mengatakan tidak perlu untuk berasa bangga dengan bangunan tinggi tersebut jikalau rakyat masih ada yang menderita dalam kemiskinan.

Rakyat hidup dalam kancah kemiskinan, terdesak dan terseksa? Bangga untuk apa?

Twitter komen Ismail SabriSumber : Twitter 

Sekadar info, Merdeka 118 memegang rekod menara kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 678.9 selepas Burk Khalifah yang berketinggian 828 meter.

Menara 118
2 years ago

Merdeka 118 Kini Rasmi, Jadi Menara Tertinggi Di Malaysia Dan Asia Tenggara!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...