“Pijak Tanah Pun Tak Boleh” – Netizen Pertikai Isteri ‘Teruja’ Lawat Kubur Suami Dalam Tempoh ‘Iddah’

Kehidupan

“Pijak Tanah Pun Tak Boleh” – Netizen Pertikai Isteri ‘Teruja’ Lawat Kubur Suami Dalam Tempoh ‘Iddah’

Sememangnya pemergian suami merupakan satu perkara yang amat perit untuk diterima oleh seorang isteri, lebih-lebih lagi jika pasangan tersebut baru saja disatukan.

Seperti kisah seorang wanita di TikTok ini, selepas sudah masuk hari ke-37 pemergian arwah suami, dia berasa syukur kerana dapat menziarahi pusara arwah dan membersihkannya.

Advertisement

Namum, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, susah untuk dirinya menerima takdir apabila mendapat khabar pemergian suami ketika jari masih dipenuhi inai merah.

Wanita tersebut berkongsikan video pendek dirinya sedang menziarahi kubur arwah suami, bagaimanapun ia telah menimbulkan pertikaian di kalangan netizen kerana di dakwa si isteri keluar ketika masih dalam tempoh iddah.

Difahamkan, tempoh iddah buat isteri yang kematian suami mengambil masa empat bulan sepuluh hari dan sepanjang tempoh itu, si isteri tidak boleh keluar rumah.

komen tiktok

Sedar akan persoalan netizen, wanita tersebut tampil memberi penjelasan bahawa dirinya berani berbuat sedemikian kerana tanah perkuburan itu milik keluarga, jadi tiada orang bukan mahram ketika itu.

komen tiktok

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

curi
2 years ago

"Jelas Tangan Curi.." - Tular Video Rakaman CCTV, Wanita Kantoi 'Rembat' Telefon Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...