Photoshoot Pra Perkahwinan Serlah Keanggunan & Kejelitaan Fasha Sandha

Hiburan

Photoshoot Pra Perkahwinan Serlah Keanggunan & Kejelitaan Fasha Sandha

Umum mengetahui pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Digelar “wedding of the year” oleh sesetengah pihak, pasangan sama cantik sama padan ini sempat mengabadikan detik-detik terakhir sebelum bergelar suami isteri menerusi satu sesi ‘photoshoot’ pra perkahwinan mereka. Berkongsi saat-saat penuh bahagia ini, Fasha telah memuatnaik sekeping gambar ‘pre wedding”nya untuk tatapan para peminat.

huawei p30

Advertisement

Memakai gaun perkahwinan serba putih, keanggunan dan kejelitaan Fasha Sandha jelas terserlah. Apa yang lebih menarik, perincian gaun yang digayakan oleh Fasha dapat dilihat daripada 3 jarak berbeza iaitu normal, dekat dan juga secara ‘close up’.

huawei p30

Rata-rata para peminat Fasha memuji ketelitian dan kesempurnaan gaun rekaan Azura Couture ini. “Dari jauh pun dah nampak memukau”, itu antara komen yang tertera di akaun Instagram Fasha Sandha. Fikir-fikir balik, satu-satunya smartphone yang mampu menyerlahkan segala perincian pada gaun Fasha walaupun dari jarak jauh tak lain tak bukan adalah Huawei, yang cukup terkenal dengan kehebatan kameranya.

huawei p30

Untuk makluman, Huawei Mate 20 Pro yang merupakan salah satu model daripada Huawei P20 Series mempunyai lensa tri-kamera. Lebih mengkagumkan, ia turut diiktiraf sebagai salah satu smartphone terbaik oleh DxOMark dengan jumlah 109 markah. Markah yang sama turut diberikan kepada Huawei P20 Pro. Senang cakap, semua kamera smartphone jenama Huawei power-power belaka!!!

huawei p30

Jadi berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh Fasha di Instagramnya, Abang Nara dapat simpulkan bahawa gambar pra perkahwinannya telah diambil menggunakan smartphone Huawei. Mungkinkah ia adalah salah satu smartphone daripada Huawei P30 Series? Adakah Fasha Sandha dan Huawei akan bekerjasama untuk memeriahkan lagi ‘wedding of the year’ ini?
huawei p30

Fuh, tak sabar nak tahu apa yang akan terjadi antara 2 nama popular ini. Nampak gayanya tarikh keramat 26 Mac ini akan merungkai segala persoalan para peminat Fasha Sandha dan juga pengguna setia Huawei. Sama-sama kita nantikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...