Peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid Tak Tahu Apa Itu GST

Hiburan

Peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid Tak Tahu Apa Itu GST

Agak tidak masuk akal apabila seseorang tidak tahu apa itu maksud GST. Kalau tak faham konsep GST, bolehlah diterima lagi. Bak kata Ahmad Maslan, Tun Mahathir pun tak faham apa itu GST. Inikan pula kita selaku rakyat marhaen. Agak sedih juga apabila salah seorang peserta Dewi Remaja iaitu Mawar Rashid di dalam satu temuraramah gagal memberikan makna penuh GST. Akibatnya, Mawar telah dicop sebagai ‘beauty without brain’ atau dalam bahasa Melayunya ‘cantik tapi tak ada otak’.

mawar rashid

Advertisement

Selain daripada tidak tahu apa itu maksud GST, Mawar Rashid juga dikritik teruk kerana cara menjawab soalannya yang nampak agak ‘fake’. Hmmmm. Mungkin selepas Dewi Remaja Mawar boleh pergi kelas untuk belajar bercakap. Tak perlulah tersenyum sepanjang masa. Tonton video di bawah bermula minit ke 2:35 untuk penerangan Mawar tentang GST.

Setelah dihentam teruk oleh orang ramai, Mawar Rashid telah tampil menerusi akaun Instagramnya untuk memohon maaf kerana gagal memberikan maksud GST. Kesibukan dirinya sebagai seorang pelajar menyebabkan Mawar tidak mengambil tahu tentang isu semasa ini. Tulis Mawar:-

Guys.. Maksud (gst) is goods and services tax yg menggantikan (sst) sales and services tax.. mawar mintak maaf pada semua sebab mawar kurang peka tentang isu ekonomi negara..pelajaran & assigments serta aktivit2 mawar yg padat setiap hari telah membuat mawar lalai tentang perkembangan isu semasa..mungkin ade yg diluar sana sebaya mawar yg mungkin jugak kurang pasti tentang GST..mawar belajar dari kesilapan dan insyaallah akan lebih membuka minda tentang isu isu semasa..mawar apologise once again dan ambil setiap kritikan dan teguran utk improve diri mawar to b a better person..tq to all yg still support mawar.. mawar nak sambung study. wish me luck guys??peace no war

mawar rashid Diharap Mawar Rashid selepas ini lebih peka dengan apa yang sedang terjadi di negara kita lebih-lebih lagi selaku salah seorang peserta Dewi Remaja. Jangan harap muka je cun tapi pengetahuan zero. Tak berguna jugak kan? Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...