Pesanan Ibu Buat Wan Emir Sebelum Bergelar Suami Mira Filzah

Hiburan

Pesanan Ibu Buat Wan Emir Sebelum Bergelar Suami Mira Filzah

Umum mengetahui, pelakon popular Mira Filzah bakal menjadi isteri kepada anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datin Mastura Yazid iaitu Wan Emir Astar Wan sekitar jam 8.30 malam ini. Berikutan itu, pasti ramai dalam kalangan peminat pasangan ini sudah tidak sabar untuk menantikan majlis penikahan pasangan ini yang khabarnya menerima jolokan “wedding of the year” kerana mendapat liputan media yang meluas seluruh negara.

Pesanan Ibu Buat Wan Emir Sebelum Bergelar Suami Mira Filzah

Advertisement

Namun demikian, menerusi Facebook Datin Mastura, beliau juga tidak ketinggalan menitipkan sedikit coretan khas buat anakanda sulungnya yang begitu menyentuh hati sebelum bergelar suami kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu.

Pesanan Ibu Buat Wan Emir Sebelum Bergelar Suami Mira Filzah

Menerusi perkongsian tersebut, beliau sempat memaklumkan bahawa Allahyarham suaminya ingin sekali melihat anak sulung mereka menamatkan zaman bujang secepat mungkin namun hasratnya itu tidak berkesempatan.

Malah, beliau juga memberitahu Allahyarham Datuk Wan Mohamad Kahir-ril juga sudah membuat rekabentuk pelamin untuk anaknya itu sama seperti yang dilakukan semasa majlis perkahwinan anak keduanya, Wan Imar yang sebelum ini juga telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Shalma Ainaa.

Dalam pada itu, Datin Mastura turut mendedahkan arwah suaminya sempat menitipkan pesanan kepada bakal suami pelakon itu agar menjadi seorang suami yang bertanggungjawab apabila tiba masanya nanti.

“Antara pesanan Arwah Papa untuk Emir, Jadilah seorang Suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir. Perlu di sayangi dan di lindungi dengan jiwa dan raga. Keluarga keutamaan setiap Suami. Berbahagialah dan Berbahagialah hingga ke Jannah.”

Sekadar informasi, disebabkan pandemik COVID-19, majlis perkahwinan terpaksa dipercepatkan berikutan kakak sulung Mira yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke sini untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.

Sementera itu, Mira mendedahkan majlis pernikahannya boleh disaksikan peminat melalui program MBuzz siaran TV3 pada jam 9 malam selama 10 minit. Malah, siaran langsung majlis pernikahan boleh disaksikan di akaun YouTube TV3, mulai jam 8.30 malam.

Untuk rekod, Majlis resepsi kedua akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang bakal dipancarkan secara langsung TV3.

pesanan ibu wan emir sebelum bergelar suami mira filzah

Manakala, satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...