Pertandingan Cipta Lagu Raya Semarakkan Khazanah Lagu Raya Negara

Pertandingan Cipta Lagu Raya Semarakkan Khazanah Lagu Raya Negara

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan, dan kemudian akan berhari raya. Bagi kanak-kanak, pastinya tidak sabat menyambut kedatangan Syawal manakala bagi yang dewasa pula lebih teruja menantikan Ramadan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa. Ialah, mana tahu kalau-kalau tahun hadapan kita tak sempat menyambutnya lagi.

Advertisement

Sebut pasal Syawal, pastinya anda sinonim dengan lagu-lagu raya yang sering berkumandang sepanjang Ramadhan dan Syawal. Kita semua mempunyai citarasa sendiri tentang lagu raya mana yang paling kita minati.

Bagi kami, paling minat dengan lagu Suatu Hari Di Hari Raya dendangan Dato’ M. Nasir.

Kadang-kala teruja juga menanti Syawal bila mendengarkan lagu Seloka Hari Raya dendangan Hail Amir dan Uji Rashid:-

Kadang-kala hampir juga mengalir air mata mendengarkan lagu raya dendangan Mamat, Ku Pohon Restu Ayah Bonda:-

Atau Dendang Perantau dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee:-

Lagu-lagu ini ialah khazanah negara kita. Lagu-lagu malar segar ini menimbulkan nostalgia dan menceriakan sambutan hari raya kita. Namun, satu usaha berterusan juga perlu dilakukan bagi menambah bilangan lagu-lagu raya berkualiti sebagai khazanah negara ini. Kita tidak sepatutnya bergantung pada lagu-lagu lama saja dan perlu ada usaha untuk menyemarakkan lagu-lagu ini untuk generasi akan datang.

Atas dasar itu, bersempena Festival Ramadan 2012, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menggalakkan penyertaan individu-individu berbakat untuk Pertandingan Cipta Lagu Raya yang sedang dibuka. Sekiranya anda berbakat dan berminat untuk menyumbang karya anda pada koleksi lagu khazanah negara ini, boleh ke laman sesawang JKKN untuk muat turun borang penyertaan dan syarat penyertaan pertandingan ini, yang dianjurkan dengan kerjasama radio Klasik Nasional.

Siapa tahu beberapa tahun lagi lagu-lagu anda akan dinyanyikan oleh generasi baru masyarakat melayu beragama Islam, dan berkumandang di televisyen atau radio sewaktu warga kota pulang menaiki kenderaan ke kampung atau sedang menikmati juadah raya pada hari-hari terawal bulan Syawal nanti bukan? Rugi kalau bakat penciptaan lagu anda sia-sia begitu saja.

Oleh itu, pergi ke laman sesawang JKKN, kemudian ke menu MUAT TURUN>FESTIVAL RAMADHAN 2012 dan pilih BORANG CIPTA LAGU RAYA dan SYARAT CIPTA LAGU RAYA dan hantar kepada urus setia bersama lagu ciptaan anda untuk menyertainya.

Semoga Ramadan dan Syawal kali ini akan menjadi yang paling bermakna untuk anda! Amin.

P/S: Sebut pasal lagu raya, apakah lagu raya yang paling anda gemari?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...