Persediaan Hadapi ‘Lockdown’, Pasaraya Kini Penuh Seperti Sehari Sebelum Raya

Kehidupan

Persediaan Hadapi ‘Lockdown’, Pasaraya Kini Penuh Seperti Sehari Sebelum Raya

Seperti sedia maklum, ‘Lockdown’ seluruh negara telah diumumkan bakal bermula pada 1 Jun ini. Menerusi tinjauan terkini, rakyat dilaporkan sudah mula keluar untuk membeli barangan keperluan sebagai persiapan

Pun begitu, keadaan hari ini boleh dikatakan seperti sehari sebelum raya kerana pengunjung sudah penuh beratur di perkarangan pasar raya walau belum dibuka.

Normini Mohamad, 30-an berkata, pasar raya itu dibuka jam 8 pagi, namun kira-kira 30 minit sebelum beroperasi, kawasan parkir sudah penuh dan orang ramai sudah beratur sehingga 100 meter dari pintu utama.

“Biasanya keadaan seperti ini boleh dilihat sehari sebelum hari raya atau setiap Jumaat sahaja. Bagaimapun, menjelang tengah hari situasi kembali tenang namun pengunjung tetap bertali arus”

Advertisement

Bukan itu sahaja, kawasan jualan makanan paling ramai pengunjung kerana mereka membeli bekalan yang mungkin digunakan untuk sepanjang sekatan pergerakan penuh yang dikuatkuasa 1 Jun ini.

Sumber : PenangKini

Tinjauan yang dilakukan di premis itu mendapati setiap pengunjung menolak troli yang dipenuhi barangan keperluan harian terutama makanan sebagai bekalan untuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan pergerakan penuh.

Bagi Adnan Jaafar pula, walaupun barangan yang dibelinya hari ini dalam kuantiti banyak dan sarat dalam troli, dia tidak menganggapnya sebagai pembelian panik.

Pesara kakitangan awam itu berkata, pembelian dalam jumlah yang banyak itu adalah untuk mengelakkannya dari kerap berulang alik ke pasar raya sekali gus menghalang dari risiko terkena jangkitan wabak Covid-19.

Pemandangan ‘sibuk’ yang sama juga dilihat di beberapa premis lain sekitar Kota Bharu yang mendapati orang ramai sanggup beratur panjang untuk masuk ke premis membeli belah bagi melakukan pembelian sempena sekatan pergerakan penuh yang bermula 1 hingga 14 Jun nanti.

Apa-apa pun, jaga lah SOP ya! Kita jaga kita.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...