Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Permohonan Maaf Terbuka David Teo Tentang Isu Arwah Bob Kuman

Bukan senang untuk meminta maaf, namun Abang Nara respek dengan Mejar David Teo yang membuat permohonan maaf terhadap semua yang terlibat tentang isu arwah Bob Kuman baru-baru ini. Abang Nara dapat rasakan keikhlasan hati Mejar David apabila membaca tulisan di Facebook David Teo.

david teo mohon maaf

Advertisement

Berikut ialah permohonan maaf tersebut:-

Salam sejahtera,

Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya dan beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang isu atau kontroversi.

Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 semasa beliau sakit. Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut “jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah”. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan “sedekah” yang saya maksudkan adalah “derma atau sumbangan”.

Apa yang saya faham, “sedekah” bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar “senyum adalah satu sedekah” dan “sedekahkan al-Fatihah” jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Ikhlas,
David Teo

Semoga salah faham yang berlaku akan dapat diredakan dengan permohonan maaf ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

173 Comments

  1. Anonymous

    May 11, 2012 at 12:15 am

    David mmg pdi ckp,dia ckp arwah mintak sedekah bukan dia nak sedekah ,alah china mmg mcm tu

  2. kikilala

    May 10, 2012 at 10:26 pm

    tolong jangan memputar belitkan perkataan sedekah itu..
    senyum itu satu dekah dgn sedekah kan Al-Fatihah itu lain maksudnya
    tapi sebutan sedakah bagi arwah bob kuman tu sangat mengina org melayu..
    tapi apa boleh buat bila film dia keluar orang melayu jugak yg beduyun2
    ke pawagam

  3. TG SHAHRIL

    May 10, 2012 at 9:24 pm

    ni corfirm ayat dari P.A dia….aku rasa bkan dari david teo sndiri ni…

  4. ciklara

    May 10, 2012 at 2:54 pm

    awang nano — i agreed with you 110%..

    pe msalah dorang ni?sume bende nak jadikan isu..naik pulak isu ikhlas ke tdak based on surat tu smua..arwah dah pergi…sudah la…

    mmbuat kesilapan itu sudah pasti tp tdak belajar dr kesilapan yes itu msalah besar..ermm..

  5. Kucing Hitam

    May 10, 2012 at 1:02 pm

    Jangan la label melayu yg tgk cte DT tu sengal…….
    semua org dok membesar dgn tgk filem dia taw….
    start dengan filem Syukur 21, pastu filem Anak Mimi, pastu cite Jutawan Fakir dan smpai la skrg……
    xkan la Tuan hamba di sna xpnah tgk langsung filem2 nie?
    klau Tuan hamba penah tgk dan pasti nya anda juga terketegori sengal jgak kot?

Loading...
To Top