Perlu Ke Guna “Mouth Wash”? Ini Yang Anda Perlu Tahu.

Hiburan

Perlu Ke Guna “Mouth Wash”? Ini Yang Anda Perlu Tahu.

Mulut anda adalah satu sistem yang kompleks. Bukan itu sahaja, anda menggunakannya hari-hari dari bercakap sehinggalah menikmati makanan kegemaran. Tanpa anda sedari sebenarnya bakteria muncul di dalam mulut anda apabila melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

image

punca mulut berbau? Bakteria

Meninggalkan dan mengabaikan rutin penjagaan mulut menjadi punca kepada masalah-masalah gigi dan mulut. Tetapi yang lebih merisaukan, ia juga mampu menjadi punca kepada masalah-masalah kesihatan yang lain.

Advertisement

image

Bagi sesetengah orang, rutin penjagaan mulut mereka ialah seperti ini: memberus gigi, floss, dan berkumur dengan pencuci mulut. Tetapi masih ramai yang tidak melakukan rutin yang lengkap seperti ini.

Ramai yang tertanya-tanya adakah benar-benar perlu menggunakan pencuci mulut atau mouth wash ini setiap hari?

Sudah pasti!

Jika pencuci mulut digunakan dengan betul, ia boleh membantu mencegah penyakit mulut, gusi, kerosakan gigi dan macam-macam lagi.

Bagaimana pencuci mulut berfungsi?

image

Jawapan untuk soalan ini bergantung kepada jenis pencuci mulut dan masalah anda. Ada banyak pilihan pencuci mulut untuk anda, pastikan pilihan itu memenuhi keperluan untuk kesihatan mulut dan gigi anda.

Secara umum, produk pencuci mulut ini membantu anda mengatasi masalah mulut berbau dan memastikan mulut anda sentiasa sihat dan segar. Selain itu, ia boleh membantu melindungi dan tambahan kepada langkah pembersihan mulut yang sempurna.

Hanya dengan berkumur menggunakan pencuci mulut ini selama 60 saat, ia mampu mengurangkan masalah gigi seperti plak dan gingivitis.

Cara betul menggunakan pencuci mulut

Ramai yang menggunakan pencuci mulut tanpa mengetahui cara sebenar supaya produk ini dapat berfungsi dengan betul dan membantu anda. Anda hanya perlu ikuti 2 langkah-langkah mudah.

image

1. Berkumur sekurang-kurangnya 30 saat. Bahan-bahan di dalam pencuci mulut berkenaan tidak akan berfungsi dengan baik jika anda berkumur kurang daripada 30 saat.

image

2. Pastikan anda tidak hanya berkumur menggunakan pencuci mulut sahaja, anda juga perlu menggosok gigi dan menggunakan flos.

Apa pencuci mulut yang boleh anda pilih?

Secara jujurnya, ramai di antara kita yang tidak begitu menitik beratkan soal kebersihan mulut, sehinggalah berlaku masalah seperti, gigi berlubang, halitosis, dan macam-macam lagi.

image

Tetapi persoalannya sekarang, pencuci mulut mana yang lebih efektif?

image

Ramai suka dengan rasa pudina LISTERINE® Cool Mint® yang menyegarkan, bukan itu sahaja, ia juga ada kuasa untuk membunuh kuman-kuman di dalam mulut anda. Tapi, apa kelebihan LISTERINE® Cool Mint® ?

image

Mengandungi 4 Minyak Essential:
• Eucalyptol
• Menthol
• Menthyl salicylate
• Thymol

Tambahan pula, gigi kita hanya merangkumi kira-kira 25% daripada ruangan mulut. Jadi ini bermaksud kebersihan ruangan mulut yang lain selain dari gigi kita sering terabai.
LISTERINE®, telah membuktikan menerusi kajian saintifik bahawa kandungan Minyak Essential ini mampu membantu mencegah plak dan menyihatkan gusi kita.

image

Dengan berkumur sekurang-kurangnya dua kali sehari selepas rutin memberus gigi, LISTERINE® Cool Mint® mampu menyediakan perlindungan 24 jam terhadap kuman yang menyebabkan nafas berbau.

Kalau anda inginkan maklumat lanjut, anda boleh baca lagi di SINI.

“You are not healthy without good oral health”



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...