Perlekeh Petugas Kesihatan, Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Diva AA & Dayangku Intan

Hiburan

Perlekeh Petugas Kesihatan, Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Diva AA & Dayangku Intan

Umum mengetahui petugas kesihatan mengorbankan masa dan bertungkus-lumus melaksanakan tanggungjawab untuk membendung pandemik wabak COVID-19. Bagaimanapun, agak terkilan apabila sesetengah pihak tidak menghargai pengorbanan mereka.

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Advertisement

Terbaru, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak tersebut.

Video pertama adalah milik penyanyi Dayangku Intan yang mempunyai impak tontonan tinggi dan juga video milik Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menyokong isu dibicarakan oleh Dayang.

Dayangku Intan luah rasa tidak puas hati, Diva AA sokong

Dayang berkata, dia mengalami demam, sakit kepala tekak dan badan. Menyedari simptom yang dialami mempunyai persamaan dengan virus COVID-19. Dia segera ke Hospital Putrajaya bagi melakukan pemeriksaan. Ia juga atas saranan seorang teman baik yang juga doktor pakar.

Namun, menerusi luahannya itu dia mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan.

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Laporan polis

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata isu berkenaan telah sengaja diperbesar-besarkan dengan perkataan kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas. Pihaknya memandang serius akan perkara ini dan turut kesal dengan tindakan kedua-dua selebriti itu.

Menurutnya, orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang mengendalikan wabak itu. Apa yang dilakukan oleh Dayang dan Diva AA  telah memberi tekanan emosi kepada para petugas.

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Pada pendapat kami, kerja keras petugas kesihatan di barisan hadapan yang berdepan dengan kes-kes jangkitan COVID-19 di negara ini harus dipuji. Mereka sedia berkhidmat dan berkorban demi masyarakat dan negara.

Namun, kita jangan lupa mereka juga manusia biasa, ada rasa tertekan dan penat. Setiap hospital di Malaysia dalam keadaan gawat dan ramai petugas ‘burn out’. Apa salahnya kalau kita memahami juga keadaan mereka?

Sumber Berita : Hospital Putrajaya & Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...