Perkongsian Hanis Zalikha Tentang “Suami & Hobi” Ini Telah Menjadi Viral Di Laman Sosial

Hiburan

Perkongsian Hanis Zalikha Tentang “Suami & Hobi” Ini Telah Menjadi Viral Di Laman Sosial

Sebagai seorang lelaki, Abang Nara mempunyai hobi tersendiri. Hobi Abang Nara adalah bermain permainan video di komputer (Dota 2). Sejak dari zaman belajar dulu memang Abang Nara dah mempunyai hobi ini. Jadi memang susah nak tinggalkan. Alhamdulillah bini Abang Nara tak adalah nak marah bila diri ini main Dota 2. Yang penting Abang Nara tahu tanggungjawab mandikan anak, main dengan anak-anak, tidurkan anak terlebih dahulu dan sebagainya sebelum mula main game. Sebab itulah Abang Nara tertarik membaca satu status dari Hanis Zalikha tentang “suami dan hobi” yang menjadi viral baru-baru ini.

hanis zalikha
Semuanya bermula apabila seorang peminat Hanis Zalikha telah menghantar soalan bertanya “bagaimana Hanis boleh bersetuju dengan hobi suaminya yang suka memancing sampai berhari-hari tak balik rumah”. Satu persoalan yang valid dan wajar. Iyerlah mesti Hanis penat nak menjaga dan menguruskan hal rumahtangga termasuk anak seorang diri tanpa suami di sisi.

Advertisement

hanis zalikha

Apa pun jawapan yang diberikan oleh Hanis Zalikha amat menarik sekali. Tulis Hanis:-

I get this question a lot ? Suami & hobi.
/
Ini bukan nasihat, ini perkongsian. Selama kami berkawan pun, Keknis dah sentiasa sokong / sertai hobi dan minat dia. Main paintball dengan kawan-kawan dia, badminton, selam skuba dan memancing kat muara. So I don’t think that should change just because we got married.
/
Lelaki kalau dah minat, dia memang akan fokus dan bersemangat. Macam masa dia nak ngorat kita, macam tulah. Takde siapa boleh halang ? Jadi lelaki yang berhobi ni bagus, berjiwa besar & berdaya saing bila dia SALURKAN tenaga & semangat dia kepada aspek lain dalam hidup (keluarga & kerjaya).
/
Tapi dia kena tahu logik, dan juga toleransi. Logiknya, dah kahwin taklehlah seminggu sekali nak berhobi kemainnn. Toleransinya, dia ada hobi, isteri pun kena ada hobi (atau masa untuk buat benda yang disukai). He can go on his fishing trips, I can go on my girls trip. But the number one rule is: Lepas kahwin, boleh teruskan hobi, tapi kena pandai jaga anak dulu. (Takleh mulakan dengan ‘anak taknak kat I, nak dekat you je’. Takleh. Dari pantang dah kena involve jaga anak ?).
/
You really do not want to take that away from him. The passion, the drive and the happiness from doing the things he loves makes him the person you admire so much. So appreciate your man and his passion. A man full of life, can love you better.
/
InsyaAllah.

hanis zalikha

Abang Nara setuju 100% dengan pendapat Hanis Zalikha. Secara jujurnya masalah hanya timbul bila lelaki itu tak tahu nak tolong bantu isteri apabila berada di rumah. Nak buat hobi anda suka hatilah, namun bila family time, kena beri tumpuan 100%. Janganlah buat-buat malas, tidur je sepanjang hari dan tak tolong jaga anak. Toleransi dan kerjasama amatlah penting. Apa pun, menarik juga membaca perkongsian para peminat Hanis Zalikha yang sudi berkongsi pengalaman mereka tentang perkara ini.

hanis zalikha

hanis zalikha

hanis zalikha

Apa pun sebagai ketua keluarga, janganlah sampai gilakan hobi anda dan mengabaikan keluarga. Family adalah perkara paling utama. Hobi itu perkara kedua. Kalau isteri tak benarkan, mesti ada sebabnya. Bincang elok-elok. Perkahwinan ini adalah satu kehidupan yang memerlukan toleransi, kerjasama dan kata sepakat. Jangan tak dapat buat hobi terus merajuk atau cakap bini tak memahami. Apa kata sekali sekala anda cuba memahami hati isteri anda pula. Tak gitu? Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...