Perjuangan Membuahkan Hasil, Elyana Bebas Kanser Selepas 11 Tahun Menderita

Hiburan

Perjuangan Membuahkan Hasil, Elyana Bebas Kanser Selepas 11 Tahun Menderita

Penyanyi Elyana menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya ada mengumumkan satu berita gembira apabila dia telah disahkan bebas kanser setelah 11 tahun menderita penyakit itu.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu menulis panjang lebar bagi menzahirkan perasaan syukur dan gembira mengenai perkhabaran gembira itu.

Advertisement

Elyana dalam hantaran itu telah mengucapkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana sentiasa mendengar doanya untuk segera pulih dan turut merasakan bahawa sudah terlalu lama dia tidak merasai nikmat tubuh badan yang sihat.

Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal,35, sebelum ini mengumumkan bahawa dia sudah lama menghidap penyakit kanser limfoma setelah tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim ke-4 pada tahun 2017 yang lalu.

Ujar Elyana, dia telah menghidap penyakit itu sejak tahun 2010 dan doktor mengjangkakan bahawa penyanyi itu hanya mampu hidup selama setahun sahaja.

Sehubungan dengan berita baik itu, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kesihatan Elyana terus pulih seperti kebiasaannya.

Elyana
2 years ago

"Jika Ingin Membantu, Bantu Dari Segi Perbuatan. Bukan 'Comment' Dan 'Complain'" - Elyana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...