Perempuan Perlu Kekal Berhubung Rapat Dengan Kawan Perempuannya Walau Dah Kahwin

Trending

Perempuan Perlu Kekal Berhubung Rapat Dengan Kawan Perempuannya Walau Dah Kahwin

Saya merasakan betapa pentingnya untuk seorang perempuan itu untuk kekal berhubungan rapat dengan kawan-kawan perempuannya yang lain walaupun dia telah berkahwin.

Walaupun sesibuk mana pun, cuba luangkan masa untuk tanyakan khabar, tak pun tukar gosip sesama rakan kau yang dulu. Bridesmaids anda yang dulu tu apa khabar entah semuanya? Haha.

Advertisement

Entah-entah dah berbulan tak tahu khabar berita. Okeylah berbulan.

Kalau bertahun? Tapi, masih belum terlambat lagi. Anda pergi tanya khabar dia sekarang.

Point saya..

Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Kalau sesuatu terjadi, perempuan sangat perlukan sokongan moral dan spiritual.

Ini gunanya kalau anda kekalkan hubungan persahabatan dengan kawan-kawan perempuan yang lain.

Saya telah melihat beberapa orang yang mempunyai masalah dalam perkahwinan. Mempunyai teman wanita ketika melalui masa-masa yang sukar benar-benar membantu mereka.

Banyak sekali. Sekurang-kurangnya dari segi sokongan moral.

Saya kagum gila tengok ada sesetengah wanita yang saya kenal walaupun anak-anak dah besar panjang, dan ada kehidupan dengan kelaurganya sendiri tetapi persahabatan sesama kawan perempuan yang lain sangat rapat.

Ia seakan melalui kesukaran yang dihadapi tu bersama-sama. “Kau susah aku tolong, aku susah kau pulak tolong.” Inilah nilai persahabatan yang sebenar.

Saya kurang sikit nak percaya dengan manusia macam ni. Sesetengah perempuan, dekat gambar-gambar fb atau ig bff bukan main komen rindu. Bila reply tak berbalas. Hurmm.

Kawan, kalau anda betul rindu kawan anda mohon jangan setakat berbasa-basi di alam maya tontonan awam.

Mesej dia terus secara peribadi. Makanya kau akan terus berborak panjang. Dan mungkin akan membawa kepada perjumpaan di luar. Ini baru betul rindu.

Saya mempunyai tanggapan bahawa media sosial penuh dengan orang-orang palsu. Jadinya, jangan termasuk golongan palsu. Usaha kecil adalah apa yang kita perlukan.

“Don’t ever lose touch with your girlfriends, sweetheart. The older you get, the more you’ll need them.”.

Tak mengapa manusia mudah berubah.

Cari je orang lain dan jadikan kawan. Manusia ini datang dan pergi, yang penting anda mempunyai bulatan kawan yang boleh dipercayai.

Anda bertuah jika dah ada kawan yang macam tu. Sebab anda tahu siapa yang anda boleh bergantung  jika mempunyai masalah.

Terimalah mereka sebaiknya. Jaga diri baik-baik, semua wanita. Hanya wanita yang memahami hal wanita.

Kredit : Hanis Hafizah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...