Pereka Fesyen Hutang RM 10 Ribu Masih Diam Diri Dan Tidak Peduli- Fadzil Zahari

Hiburan

Pereka Fesyen Hutang RM 10 Ribu Masih Diam Diri Dan Tidak Peduli- Fadzil Zahari

Sudah ingin cuba berbincang secara baik soal hutang seorang pereka fesyen dengan isterinya, Yana Samsudin berjumlah RM10,000, pelakon Fadzil Zahari beberapa hari lalu menerusi akaun Facebooknya terpaksa memuat naik status mengenai isu tersebut selepas individu terbabit sudah menyekat Fadzil untuk terus berhubung dengannya.

Advertisement

Meskipun perkara itu sudah diketahui ramai, pereka fesyen berkenaan masih lagi berdiam diri dan enggan melunaskan hutangnya itu sejak tiga tahun lalu.

Kalau dia mahu selesaikan secara baik, tentu dia sudah menghubungi atau WhatsApp saya. Sebulan sebelum ini, saya sudah meminta kakaknya menyampaikan pesanan kepada pereka berkenaan. Saya pesan, kalau masih tidak membalas (mesej) WhatsApp, saya akan tanya menerusi Facebook. Tetapi, ternyata mereka ini memang jenis selamba dan buat tak peduli saja.

Bagi saya perkara ini mudah, kalau dia mahu berbincang cara elok atau ada usaha untuk selesaikan hutang, saya sudah bagi masa sejak 30 Oktober sampai sekarang.

Fadzil mempunyai bukti yang kukuh termasuk surat yang ditandatangani oleh pereka fesyen itu yang berjanji akan menyelesaikan hutang dalam tempoh sebulan selepas meminjam. Beliau tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini kepada pihak berkuasa sekiranya pihak yang meminjam masih lagi berdegil.

Terdahulu, Fadzil secara sinis menyindir pereka fesyen itu dengan memuat naik foto  beliau mampu bercuti mewah  di luar negara dan mempunyai butik yang terkenal tetapi enggan melunaskan wang dipinjam.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...