Percintaan Bersama Zara Zya Bukan Gimik Untuk Lariskan Drama – Hafreez Adam

Hiburan

Percintaan Bersama Zara Zya Bukan Gimik Untuk Lariskan Drama – Hafreez Adam

Tidak pernah mendegar sebarang gosip ataupun khabar mereka saling mengenali dan rapat bersama sebelum ini, hubungan cinta pasangan Hafreez Adam dan Zara Zya dipertikai oleh sesetengah mereka. Kata mereka, mungkin ia sekadar gimik untuk drama Mona Lisa lakonan mereka yang sedang ditayangkan.

Advertisement

Namun, Hafreez tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan cinta yang terjalin tulus dari hati.

Tak dinafikan, sebelum ini memang saya elak untuk dikaitkan dengan mana-mana pelakon wanita yang berlakon bersama. Ia disebabkan saya seorang yang kurang gemar bercakap soal berkaitan peribadi seperti cinta termasuk menjadi perhatian.

Namun, Alhamdulillah selama itu juga saya masih berada dalam industri dan diterima baik. Jadi, kenapa sekarang kena buat gosip cinta untuk lariskan drama?

Kenapa baru sekarang? Saya bersikap terbuka sedikit mengenai hubungan dengan Zara kerana sedar penyokong kami nampak ikatan itu terjalin dan ada juga bertanya. Jadi, kami berdua memilih untuk jujur saja. Kepada mereka yang tidak percaya, terpulanglah. Itu hak masing-masing. Cuma, janganlah cakap yang bukan-bukan.

Hafreez meminta agar peminat mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka. Dalam pada itu, Zara Zya turut berharap agar percintaan yang dibina dapat kekal  serta ada jodoh ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...