“Perang Bermula..” Zarina Anjoulie Nak Saman Anggota Polis Wanita

Hiburan

“Perang Bermula..” Zarina Anjoulie Nak Saman Anggota Polis Wanita

Giat mencipta kontroversi dari hari ke hari, pelakon Zarina Anjoulie khabarnya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang anggota polis wanita.

Maklum pelakon itu, dia sudah membuat laporan terhadap anggota polis itu pada malam tadi.

Advertisement

Dia juga berkata akan mengambil tindakan selanjutnya berupa saman selepas siasatan dijalankan oleh pihak polis.

Meskipun tidak mendedahkan siapakah identiti polis wanita berkenaan, Zarina menjelaskan bahawa dia akan berjuang habis-habisan kerana mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan anggota polis tersebut dengan salah laku yang dibuat.

“Memandangkan dia nak ‘viral’, nak ‘glamour’ saya akan kasi dia ‘viral’ dan ‘glamour’ yang dia idamkan. Perang bermula. Saya tak akan berdiam diri. Saya akan tularkan habis-habisan sampai saya dapat keadilan yang dirasakan berhak. Saya ada bukti kukuh.”

Dalam pada itu, Zarina juga tampil mempersoalkan integriti anggota beruniform dan turut mempersoalkan adakah ada insan lain menerima nasib yang sama seperti dirinya.

Terdahulu, nama Zarina Anjoulie telah dikaitkan dengan penahanan seorang selebriti wanita yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan di Nilai, Negeri Sembilan.

Zarina Anjoulie
3 years ago

"Memang Berada Di Rumah.." Zarina Anjoulie Nafi Dirinya Ditahan Polis Positif Dadah

“Memang Berada Di Rumah..” Zarina Anjoulie Nafi Dirinya Ditahan Polis Positif Dadah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...