Written by Bella | November 15th, 2018

Semalam, Mahkamah Majistret Taiping mengarahkan seorang lelaki dengan nama Muhammad Izwan Shah Kamal membayar saman RM100,000 kepada pihak Skop Productions atas kesalahan menyebarkan filem Munafik 2 secara haram di Facebook atas akaun Sasuke Kun.

Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Izwan yang tersentak mendengar jumlah saman yang harus dibayar itu mengakui beliau cukup menyesal dengan perbuatannya. Kata Izwan, jika beliau hidup selama 100 tahun sekalipun mustahil untuk beliau membayar RM100,000.

Pada masa yang sama , beliau juga memohon maaf kepada Skop Productions terutama sekali kepada Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof.  Meskipun disaman, Izwan bersyukur tidak dipenjarakan.

Kami berharap apa yang terjadi kepada Izwan ini akan menjadi pengajaran buat semua. Jangan pernah terlibat dengan jenayah cetak rompak dan hargailah usaha penggiat seni tempatan untuk menghasilkan karya berkualiti.

Kredit Foto : Instagram Munafik 2 Official

69 responses to Penyebar Filem Munafik 2 Menyesal, Hidup 100 Tahun Belum Tentu Dapat Bayar RM100,000

  1. meetomato says:

    yang ni official public apology ke? younger generations aka strawberry generations, mane la adab korang…aduhhh mak…! fikir tulis public apology ni sama mcm tulis surat cinta ke…*slaps forehead*

    kalau tak mampu letak public apology kat newspaper, nak letak kat social media, sila exercisekan jari anda dengan menaip ayat atau mengeja perkataan dengan penuh. Yang ni, saya jadi sy, tak kisah jadi xkisah, betul-betul jadi btul2. Dah la “Saya” kat depan, yang S tak letak in capital letter. Ko fikir Dato Yusuf tu faham ker all these shortforms? Aku rase Dato Yusuf tak anggap ni ikhlas & awak bertaubat wpun public apology ko tu mmg kesian sgt2.

    Aiyoo strawberry generation, you guys got to step up the game. at workplace or at school, when it comes to writing, pls learn from the superiors & dont be arrogant & afraid to ask. Kalau kene marah ke ape waktu keje, just telan je..it is for your own good.

  2. akak sado says:

    Bila dpt masalah, camtu laa..Guna ayat sedih, jual nama mak ayah…masa buat x pikir..ko ni sama spesis ngan alip sukri la ni…pikir nak enjoy je..kesan , akibat buruk xnak pikir…

  3. Anonymous says:

    hp pintar mmg pintar..tpi pintarkah kita.

    aduhh..ssh nya hidup ini, nk pakai yg lama jimat, tpi nnti org kata sengkek dn ketingalan zmn.
    pakai yg pintar.byk duit hbis dn mcm2lh..

  4. Anonymous says:

    ayat2 simpati, gunakan ayat tanggung ibubapa, x ada rmh, x mgkn akan kawen..ya pasti keluarga Dato Yusof akan mmberi keampunan. Celah gigi je kn Dato RM100 RIBU.
    Rasanya kalau hidup 100 tahun efp ada tu kalau bulanan 600 + company nyer simpn.
    Maafkn lah Dato.
    Ini menyedarkan masyarakat.

  5. joyah sporty says:

    Padan la muka.. Org dah bg warning still ignore.. mendapat la.. sblm buat ssuatu tak fkr baik & buruk. dh kena br nak igt mak ayah.. semoga jd pengajaran. pelan2 kayuh la bro byr hutang..

    • Buntat says:

      Dia dh insaf la tu. Harap nye tok redho je duit tum sian dia nnti x kawin lak

      • minah jambu say says:

        dh insaf tk semesti nye duit saman RM100ribu di halal kan..saman tetap seman huh ! padan muka !!

      • faraj says:

        Melayu2 sudah hilang rasa simpati. Kalau dia ego dan mampu dia tak tulis panjang berjela. Ke manakah hilang rasa simpati? Kalau dia tak menyesal dia takkan merayu. Setiap manusia berhak mendapat peluang kedua. Lebih mulia menjadi org pemaaf daripada menjadi pendendam. Renung-renungkan.

    • sambal says:

      maafkan lah dia. kesiannnn…dah minta maaf kot. duit bukan boleh dibawa ke kuburan..

    • suara rakyat says:

      siapalah kita nk menghukum dan memusnahkan masa depan bangsa sendiri. baik ko pergi saman pak jib dan semah tu.

    • Sis-tur-sung-kur-jua says:

      Selaku pemerhati bebas dalam blog gosip dan komen2 semua ini, pada pendapat peribadi sis yang rendah ilmu ini, inilah pengajaran terbaik utk pengguna2 social media yang menggunakan nya berdasarkan hawa nafsu semata2.. Tidak menggunakan relevan akal fikiran.. Pada ketika dinasihatkan secara baik, tidak pula kau memikirkan asbab dan akibatnya.. Baru lah nak rasa menyesal ttg jaga mak ayah, kete, umah, kawen.. Dimana egomu ketika memperkotak-katikkan undang2? RM100k hanya celahan gigi pada mereka, ya mungkin.. Tp PENGAJARAN BESAR pada semua anak2 muda yg terlalu memandang mudah pada undang2 dan larangan.. Makin ditegah makin dibuat.. Semoga menjadi manfaat pada semua..

    • fifi says:

      Aku gelak je tgk budak ni punye “penyesalan”. tulah adik, kalau dh rakyat marhaen, jgn ego berlagak sombong. Org tu dh tegur ko melawan up jugak upload movie tu. Dah masuk mahkamah & bersalah baru terhegeh2 nk minta maaf. Skrg rasekan, bayar la sikit2 ye or masuk jail. Kalau dorg terus sue kau tanpa bg amaran tu, mungkin x patut. Tp psl dorg dh bg amaran tp ko ignore, mendapatlah. Org skrg mmg patut terus kene mcm ni je kalau x mmg sombong sampai ke sudah.