Baru sahaja ingin dikenali, penyanyi Santesh yang popular dengan lagu Amalina dikecam teruk apabila memakai baju dengan lambang Jalur Gemilang tetapi membuang bahagian bulan sabit dan bintang dan digantikan pula dengan corak tanda hashtag (#) berwarna putih ketika muncul dalam program hiburan di TV3.
Santesh menerusi akaun Instagramnya memohon maaf atas kesilapan yang beliau lakukan dan menjelaskan beliau tidak mempunyai niat untuk mempersendakan bendera Malaysia.
Sebenarnya baju itu adalah hadiah pemberian seseorang kepada Santesh, beliau juga tidak sangka ia akan menimbulkan isu besar.