Penyanyi Lagu Parodi PKP, Azman Naim Dapat Tawaran Menyanyi Dan Berlakon

Hiburan

Penyanyi Lagu Parodi PKP, Azman Naim Dapat Tawaran Menyanyi Dan Berlakon

Penyanyi lagu parodi PKP, Azman Naim yang sebelum ini tular di media sosial nampaknya semakin popular dan dikenali.

TMJ
3 years ago

779 Tenaga Pengajar Tolak Vaksin, TMJ Mahu Bertemu Guru-Guru Terlibat

Advertisement

Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim,36, yang dihubungi media turut berhasrat untuk mengetengahkan lagu-lagu berunsur nasihat dan kemasyarakatan selepas lagu My Sejahtera Way nyanyiannya menjadi tular, baru-baru ini.

Dia dalam pada itu turut terkejut melihat penerimaan drastik masyarakat terhadap lagu dendangannya dan menganggap itu semua sebagai satu pencapaian yang cukup bermakna buat dirinya.

Saya terharu dan terkejut apabila video itu mendapat sambutan luar biasa. Daripada cuma 14,000 orang, kini Instagram saya hampir mencecah 80,000 pengikut. Saya bukan penghibur dan bukan tampil untuk sekadar menghibur. Sebaliknya saya mahu menjadi penyampai mesej kepada rakyat mengenai isu-isu masyarakat semasa.

Terdahulu, video parodi yang disadur daripada lagu asal yang berjudul My Way nyanyi Frank Sinatra itu turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johot, Tunku Ismail Ibrahim.

Berikutan itu, Azman mendedahkan bahawa dia dihubungi ramai pihak yang menawarkan tawaran berlakon dan juga menyanyi.

Namun, dia terpaksa menolak bukan kerana berlagak atau seumpamanya namun ia tidak sesuai dengan jiwa serta pendekatan asal dia melakukan parodi pada awalnya.

“Saya lebih ke arah jiwa klasik dan muzik metal ekstrim. Kalau lagu-lagu terkini, memang tidak boleh masuk kerana lebih kuat kepada lagu 1980-an atau 1990-an.” jelas Azman lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...