Penyanyi Lagenda Aishah Tidak Dapat Tajaan Baju Untuk GV4?

Hiburan

Penyanyi Lagenda Aishah Tidak Dapat Tajaan Baju Untuk GV4?

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi lagenda Aishah? Kemunculan beliau dalam program Gegar Vaganza 4 membuatkan ramai yang teruja apatah lagi suara Aishah sehingga hari ini masih lagi mantap sehingga mendapat “standing oviation” daripada penonton ketika menyanyikan lagu hitsnya, Janji Manismu.

Advertisement

Walaubagaimanapun, timbul isu apabila ada beberapa netizen mempersoalkan gaya busana Aishah yang dilihat terlalu ringkas dan tidak gah lebih-lebih lagi gaun berwarna merah yang dipakai oleh beliau pada minggu ke 2 GV4 yang dianggap tidak sesuai dengan Aishah sebagai seorang lagenda. Timbul khabar angin mengatakan tiada pihak yang mahu menaja pakaian untuk persembahan Aishah pada program GV4.

Betul ke? Mari kita lihat apa respon Aishah mengenai khabar angin tersebut :-

Buat masa ini, Aishah menerusi akaun Facebooknya memberitahu beliau memerlukan tajaan untuk aksesorinya bagi konsert ke 3 nanti. Jadi, kalau sesiapa yang ingin menaja beliau boleh lah berbuat demikian. Pada kami Aishah seorang artis yang selayaknya menerima tajaan seluruhnya kerana beliau sudah berpuluh tahun dalam bidang seni dan bakatnya juga sangat tidak ternilai.

Sumber Berita : Facebook Wan Aishah Wan Ariffin

Kredit Foto : Instagram Gegar Vaganza Official

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...