Penyanyi Hafiz Suip Tertekan Sering Ditanya Soal Anak

Hiburan

Penyanyi Hafiz Suip Tertekan Sering Ditanya Soal Anak

Setahun mendirikan rumah tangga bersama Nureffy, penyanyi Hafiz Suip tidak henti ditanya soal cahaya mata. Menerusi portal Astro Gempak, Hafiz akui beliau agak tertekan dengan persoalan tersebut apatah lagi yang bertanya adalah daripada keluarga beliau sendiri.

Advertisement

Saya akui tertekan juga apabila sering ditanya bila hendak menimang cahaya mata. Paling membuatkan saya tertekan apabila setiap kali pulang ke kampung , saudara mara pasti akan bertanya mengenai perkara tersebut. Saya tahu mereka prihatin tetapi siapalah kita untuk mempersoalkan rezeki Tuhan.

Kami pernah jumpa pakar sakit puan tetapi doktor itu sendiri memberitahu tertalu awal untuk kami fikir soal anak kerana perkahwinan kami ketika itu baru sahaja kurang belum pun cukup setahun. Jadi dia nasihatkan kami supaya tidak terlalu tertekan dan banyak berehat dan pergi bercuti kerana untuk menimang cahaya mata, pasangan tidak seharusnya tertekan.

Relaks, rezeki untuk menimang cahaya mata ini sukar untuk dijangka. Lagipun, Hafiz dan isteri masih baru sahaja berkahwin dan mempunyai masa untuk berusaha mendapatkan anak. Kata orang, just go with the flow.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...