Penyanyi Ai Wahida Disihir Orang Terdekat, Muntah Keluar Jarum Dan Paku Berpuluh Batang

Hiburan

Penyanyi Ai Wahida Disihir Orang Terdekat, Muntah Keluar Jarum Dan Paku Berpuluh Batang

Penyanyi baru, Ai Wahida,23, mendedahkan bahawa dia telah terkena ilmu hitam sejak beberapa tahun yang lalu dan lebih mengejutkan ianya telah dilakukan oleh beberapa individu yang dikenalinya.

View this post on Instagram

A post shared by Ai Wahida (@aiwahida)

Ujar Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan ini lagi, dia pada mulanya tidak menyedari dirinya disihir namun mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila dia menonton satu video yang tular berkaitan ilmu hitam.

Menurut Ai Wahida, dia merasakan simptom-simptom yang dikongsi menerusi video tersebut seolah-olah sama dengan apa yang dialaminya ketika itu.

Dia kemudian mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan secara alternatif daripada pusat perubatan Islam. Jelas Wahida, dia mengalami sakit-sakit badan, berdebar teruk, tak boleh bangun dan berasa malas untuk solat.

Usai mendapatkan rawatan, Wahida berasa terkejut kerana tidak menyangka dirinya sudah disihir sejak beberapa tahun yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Ai Wahida (@aiwahida)

Advertisement

“Saya dah kena lama. Ketika berubat tu, macam tak percaya saya muntahkan paku, jarum serta serpihan kain dan beberapa bahan kotor lain keluar dari dalam badan saya. Jarum pendek ada 12 batang, paku 7 batang, dan jarum panjang sebanyak 22 batang. Sejujurnya, memang mengejutkan.”

Tambahnya lagi, dia berasa bingung kerana beranggapan dirinya tidak mempunyai sebarang musuh dan tidak pasti apa punca sebenar individu tersebut sanggup menghantar sihir kepadanya.

View this post on Instagram

A post shared by Ai Wahida (@aiwahida)

Meskipun dia kini masih belum pulih, penyanyi yang baru sahaja melancarkan lagu terbaru bersama Ejai Aziz berjudul Mama Mama ini menganggap perkara tersebut sebagai dugaan hidup dan akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan selepas ini.

Ai Wahida juga difahamkan masih meneruskan rawatan alternatif itu dalam usaha untuk pulih sepenuhnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...