Kemeriahan hari bahagia pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz sehingga hari in masih lagi menjadi bualan ramai.
Rata-rata netizen gembira melihat kemesraan pasangan ini, jelas terpancar sinar cinta mereka yang hangat membara.
Baru-baru ini, Fasha ada berkongsi video majlis resepsi perkahwinannya dengan konsep ala kampung penuh adat tradisional Melayu di kampung halaman Aidil di Rembau, Negeri Sembilan.
Siapa sangka, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan menitiskan air mata kerana terasa sungguh syahdu melihat kebahagiaan Fasha dan Aidil.
Bila tonton video Fasha, memang dapat rasa kebahagiaan dan kasih sayang. Semoga pasangan ini kekal sehingga ke syurga.