Penolong Pengarah Dakwa Penerbit Filem ‘Perangsang Rentap’ Tipu Duit Kerajaan

Hiburan

Penolong Pengarah Dakwa Penerbit Filem ‘Perangsang Rentap’ Tipu Duit Kerajaan

Seorang pengarah filem bebas, Shuhaimi Zulkefly melalui satu status Facebook mendakwa dua orang penerbit filem Rentap yang menerima dana sejumlah RM 8 juta untuk menghasilkan filem Rentap telah menipu duit peruntukan yang disalurkan oleh FINAS dan kerajaan negeri Sarawak.

Advertisement

Dalam status itu Shuhaimi memuat naik gambar-gambar penggambaran filem itu dan menceritakan satu persatu apa yang telah terjadi, sehingga menyebabkan kerugian di pihak krew, katering dan hotel penginapan untuk pembikinan filem ini. Filem Rentap yang diterbitkan oleh adik beradik kembar Lina dan Diana Johor pada mulanya diarahkan oleh Kamal Isak pada tahun 2011.

Ia bagaimanapun gagal atau sengaja digagalkan oleh penerbit-penerbit itu.  Produksi filem Rentap kemudiannya menyaksikan Osman Ali menjadi pengarah pada tahun 2013, Hashim Rejab sebagai pengarah pada 2014.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Setiap kali mereka gagal, minta dana baru atas alasan krew yang salah. Akhir sekali, dia (Lina Johor) berlakon, dia pengarah.

Filem Perangsap Rentap ialah produksi terakhir bagaimanapun ia sebenarnya dirakamkan sebagai telefilem. Ia ialah cerita berlainan dari skrip asal filem Rentap:

Peransang Rentap ditukar format ke filem selepas habis penggambaran – krew projek ini kena tipu juga.

Status Shuhaimi beserta gambar-gambar dari penggambaran filem Rentap boleh dibaca di bawah:


Shuhaimi menambah:

Sebenarnya kami hanya dipermainkan untuk permainan mereka minta dana seterusnya. Bila gagal minta lagi, atas alasan krew tak siapkan kerja.

Kami dituduh dengan hasil penat lelah kami yang masih tidak berbayar sehingga hari ini.

Ada pihak yang kerugian berpuluh ribu menanggung masalah dari penerbit. Koordinator lokasi di pulau masyarakat Kuala Tahan, restorannya dibakar penduduk yang berang.

Agensi bakat, jabatan seni, pembuat set, produksi, wardrob, penginapan hotel, makanan, Persatuan Bot Panjang Kuala Tahan, krew dan pelakon semua tidak dibayar.

Hotel yang menyediakan tempat penginapan kami di Kuala Tahan gulung tikar kerana menanggung kerugian.

Hasil yang kami buat langsung tidak bernilai, dibuang ke dalam tong sampah. Malah rakaman pemantapan kedudukan rumah panjang hasil kerja tangan kami digunakan dalam filem kemudiannya, Perangsang Rentap.

Carian penulis mendapati pihak Karyawan yang diketuai Datuk Freddy Fernandez pernah meminta Lina dan Diana Johor menghubungi mereka untuk menyelesaikan hutang produksi berjumlah RM 100,000 pada tahun 2014, namun mereka tidak membalas panggilan atau memberi penjelasan.

Filem arahan Lina Johor, ‘Perangsang Rentap’ terbitan Unique Twins Sdn Bhd itu menjengah pawagam pada 2 November tahun lalu tetapi kutipannya tidak seperti diharapkan. Kini ia bersiaran di Astro First.- beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...