“Pengsan Nabil Nak Kawal Dia” – Semangat Jadi Pengacara GV9, Peminat Puji ‘Energy’ Kak Lina PomPom

Hiburan

“Pengsan Nabil Nak Kawal Dia” – Semangat Jadi Pengacara GV9, Peminat Puji ‘Energy’ Kak Lina PomPom

Program realiti hiburan, Gegar Vaganza (GV) musim ke-9 membuka tirai dengan menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlien sebagai pengganti hos Jihan Muse yang kini sedang berpantang anak kedua.

Seperti yang ramai ketahui, Elly Mazlien atau lebih mesra dipanggil Kak Lina PomPom sememangnya mempunyai personaliti yang ceria dan lucu.

Advertisement

Kebolehan Kak Lina dalam mengacarakan program GV turut dipuji orang ramai apabila dia dilihat sangat bersemangat dan bertenaga ketika berada di atas pentas.

Malah, gelagat Kak Lina turut sempat dirakamkan oleh penyanyi, Bella Astillah yang terhibur melihat keterujaan Kak Lina menari sehingga disedari oleh juri tetap, Dato’ Ramli M. S.

Punya seronok sampai tak perasan Tok tengah tengok, terus kejung jap, Loveee lah kak Lina pompom.

Sehingga kini, perkongsian video itu telah meraih 1.3M tontonan, 87.9K tanda suka, dan 1.3K komen di aplikasi TikTok.

@bellaastillah_94

Punya seronok sampai tak perasan Tok tengah tengok ? terus kejung jap? Loveee lah kak Lina pompom ??

? original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

Meninjau di ruangan komen, rata-rata penonton turut terhibur dan memuji semangat dan ‘energy’ yang digunakan oleh Kak Lina untuk mengacakan program berkenaan.

Malah, ada juga segelintir netizen yang berseloroh apabila sebelum ini Jihan yang selalunya akan mengawal Nabil, namun kali ini Nabil yang perlu menjaga Kak Lina supaya program tersebut berjalan dengan lancar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Janganla Kurang Ajar.." - Selamba Pegang Janggut UAI Sambil Rakam Video, Lelaki Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...