Insiden salah seorang peserta pertandingan realiti, Big Stage iaitu Baby Shima yang tiba-tiba pengsan sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu Ku Tak Akan Bersuara bukanlah gimik semata-mata tetapi ia benar-benar berlaku.
Pengacara rancangan tersebut Aliff Satar dan Sherry Alhadad serta penonton turut terkejut dengan apa yang berlaku. Keadan menjadi sedikit kelam-kabut, namun pihak penerbit bertindak agak pantas juga memanggil pasukan perubatan.
Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu pengacara program memaklumkan Baby Shima telah sedarkan diri.
Menurut pihak pengurusannya, penyanyi itu kini berada dalam keadaan baik. Harapnya Baby Shima mendapat rehat yang secukupnya dan kami mendoakan agar beliau terus diberikan kesihatan yang baik.