Pengarah Dakwa Farid Kamil Bawa Pistol Ke Lokasi Penggambaran

Hiburan

Pengarah Dakwa Farid Kamil Bawa Pistol Ke Lokasi Penggambaran

Sejak Datuk Farid ditahan Khamis lalu, ramai pula artis dan beberapa pihak lain membuat kenyataan tentang apa yang berlaku sehari sebelum beliau ditahan polis.

Advertisement

Terbaru, pengarah Shuhaimi Lua mengakui berlakunya insiden Ridzuan Hashim ditampar dan turut mendedahkan Farid membawa pistol ke lokasi penggambaran.

Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggang­nya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar.

Bukan itu sahaja, Farid terus berkelakuan pelik dan turut menengking seorang jurukamera secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab.

Tiba-tiba dia menengking jurukamera saya sambil bertanya: “Kau belajar dengan siapa?” beberapa kali dengan suara yang sangat kuat sehingga kami terkejut. Dia bukan pelakon dalam drama saya, tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan iaitu sahabatnya. Selepas kejadian menampar Ridzuan, kami terpaksa berhentikan penggambaran seketika.

Apa yang berlaku kepada Farid ketika ini memang amat rumit dan mengejutkan orang ramai. Tidak dinafikan perbuatan beliau yang bertindak agresif terhadap pihak berkuasa dan orang awam adalah satu kesalahan berat. Namun, kita jangan terus membuat andaian tersendiri, pasti ada sebab disebalik kejadian tersebut.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...